KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) akan menghantar 'surat peletakan jawatan' Hassan A Gani Pangiran Amir kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, esok bagi mengotakan ikrarnya untuk melepaskan jawatan sebagai Adun Sebatik jika melompat parti.
Surat berkenaan akan turut diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang media yang diadakan pada Isnin di Kota Kinabalu.
"Kami akan serahkan kepada Yang di-Pertua DUN terlebih dahulu dan salinannya kepada SPR serta Yang di-Pertua Negeri Sabah... esok atau lusa," katanya.
Surat peletakan jawatan itu dikatakan ditandatangani Hassan A Gani pada 10 September 2020 sebelum beliau menerima watikah pelantikan sebagai calon Warisan bagi kerusi DUN Sebatik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.
Rakaman video yang menyaksikan Hassan A Gani berikrar untuk setia kepada Warisan dan kesediaannya menandatangani surat berkenaan sebagai bukti keikhlasannya turut didedahkan kepada media.
Pada 25 Februari lalu, Hassan A Gani dikatakan mengingkari ikrar tersebut apabila mengumumkan meninggalkan Warisan dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Mohd Shafie berkata, Warisan tidak pernah memaksa mana-mana calon parti itu menandatangani surat tersebut sebaliknya mereka melakukannya atas kehendak sendiri untuk menjadi calon.
Tambahnya, surat tersebut ditandatangani di hadapan barisan peguam sebagai saksi.
"Bukan ada paksaan... tiada tekanan sebelum dia menjadi YB (wakil rakyat) dan semua YB kita minta lafazkan janji mereka selaku parti dan selaku pimpinan bahawa jangan khianati perjuangan ini.
"Mereka tandatangan idepan peguam kita, kita lantik peguam... mereka tandatangan ada saksi ada peguam.
"Mereka telah berjanji malahan berjanji atas nama Allah... mana ada paksaan...," katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Mar 01 2021
![Warisan serah 'surat peletakan jawatan' Adun Sebatik kepada Speaker DUN esok - Shafie Apdal Warisan serah 'surat peletakan jawatan' Adun Sebatik kepada Speaker DUN esok - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614604717_shafieapdal.jpg)
Mohd Shafie berkata, Warisan tidak pernah memaksa mana-mana calon parti itu menandatangani surat tersebut sebaliknya mereka melakukannya atas kehendak sendiri.
[TERKINI] Helikopter terhempas di Jalan KL-Bentong, korban jiwa direkodkan
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong sebentar tadi.
![Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam' Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738652386_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.
![Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647852090_BreakingNews.jpg)
Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.
Polis banteras 19 premis judi, 10 dipotong elektrik di serdang
Polis Daerah Serdang bertindak tegas terhadap kegiatan perjudian haram dengan menjalankan operasi ke atas 19 premis sejak Julai 2024 hingga Januari tahun ini.
'Bagi alasan datang mahu lepas rindu'
Pintu besi dan laluan tangga sunyi yang dijaga lelaki di hadapan bangunan rumah kedai di Jalan Pudu, ibu negara rupanya berselindung dengan menawarkan aktiviti pelacuran wanita asing.
WCO permudah pelepasan Kastam
Organisasi Kastam Dunia (WCO) memainkan peranan penting dalam memastikan proses pelepasan kastam di Malaysia berjalan lancar dan efisien, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Almirulita Mohd Yusoff.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Bumbung pusat dialisis hospital lati runtuh
Bumbung pusat dialisis Hospital Lati, Pasir Mas, runtuh secara tiba-tiba tengah malam tadi. Tiada kecederaan dilaporkan. Siasatan awal diserahkan kepada JKR untuk tindakan lanjut.
Pembantu kanan Trump pertahan cadangan Gaza
Pembantu kanan Presiden Donald Trump mempertahankan cadangannya untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan membenarkan Amerika Syarikat mengambil alih wilayah yang musnah akibat perang.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Malaysia dengan tegas menolak sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka dan menegaskan perlunya penyelesaian kekal yang menghormati hak serta kedaulatan mereka.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Wisma Putra menyifatkan pemindahan paksa sebagai bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Wisma Putra menyifatkan pemindahan paksa sebagai bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
![Anjung Syawal FRP 2025: Kembali dengan keunikan gabungan tradisi, moden Anjung Syawal FRP 2025: Kembali dengan keunikan gabungan tradisi, moden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735858476_putrajayabazaar.jpg)
Anjung Syawal FRP 2025: Kembali dengan keunikan gabungan tradisi, moden
Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang, Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025, bakal kembali untuk tahun ke-13 dengan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena Ramadan tahun ini.
![Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712320989_DatukArmizanjpg.jpg)
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
![Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725363427_AnwarIbrahim.jpg)
Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur
Khazanah Nasional Berhad diberi amanat untuk merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur dengan usaha pembangunan namun mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.
![Tokoh Wayang Kulit, Mukhti Mohd diiktiraf sebagai Tukang Cerita Storyteller Guild Tokoh Wayang Kulit, Mukhti Mohd diiktiraf sebagai Tukang Cerita Storyteller Guild](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722133555_tbHikayatFandom.jpg)
Tokoh Wayang Kulit, Mukhti Mohd diiktiraf sebagai Tukang Cerita Storyteller Guild
Mukhti, 80 tahun, giat menjalankan aktiviti Wayang Kulit Jawa sejak berumur 15 tahun ini merupakan satu-satunya Tok Dalang di Kampung Sg Nibong.
![GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718466313_shafieapdal.jpg)
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
![PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711272987_MohamadHasan.jpg)
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
![Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711192068_ShafieApdal.jpg)
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
![Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709373573_HajijiNoor.jpg)
Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
Hajiji menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
![Benarkah Tahun Melawat Perak hambar? Benarkah Tahun Melawat Perak hambar?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708660626_TahunMelawatPerak.jpg)
Benarkah Tahun Melawat Perak hambar?
Ramai yang membandingkan TMP2024 dengan Tahun Melawat Melaka dan Tahun Melawat Perlis yang juga berjalan serentak pada tahun sama.
![Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702371568_DatukArmizanMohdA.jpg)
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.