KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang wakil rakyat di Sabah yang akan melompat parti menyertai Perikatan Nasional (PN).
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.
"Saya telah dimaklumkan oleh rakan-rakan pimpinan UPKO bahawa ada satu portal yang mengaitkan nama saya...kononnya saya salah seorang Ahli Parlimen pembangkang yang akan melompat dan memberi sokongan kepada kerajaan PN.
"Ini adalah usaha terdesak oleh pihak yang tidak bertangungjawab. Saya sekeras-kerasnya menafikan dakwaan berkenaan.
"Saya mahu pihak yang berkenaan berhenti menyebarkan fitnah ini.
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ia tidak dihentikan," katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook beliau.
Pada pilihan Raya Umum Ke-14, Madius adalah satu-satunya wakil UPKO memenangi kerusi Parlimen atas tiket Barisan Nasional (BN), namun beliau kemudiannya bertindak membawa UPKO keluar daripada BN untuk menyokong dan bersama-sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) membentuk kerajaan baharu Sabah ketika itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Wilfred Madius Tangau berkata berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang. -Gambar fail
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
SESB ke arah guna meter pintar - Madius
Pihak SESB membuka tender mempelawa syarikat-syarikat berkelayakan menjayakan inisiatif berkenaan.
Kerajaan perlu terbitkan Kertas Hijau, biar masyarakat terlibat dalam Akta Penggal Tetap Parlimen
Ahli Parlimen Tuaran, Wildfred Madius Tangau melihat ia penting untuk mengelak lebih banyak maklumat tidak tepat tentang FTPA
SESB tidak punya kuasa naik, luluskan tarif elektrik di Sabah - Pengerusi
Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini berkata syarikat itu tidak mempunyai kuasa untuk menaik atau meluluskan tarif elektrik di negeri itu.
Kurangkan gangguan elektrik, SESB sasar turunkan SAIDI hingga 100 minit
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyasarkan untuk menurunkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) hingga 100 minit menjelang 2030.
SESB perlu punya keupayaan jana sendiri keperluan elektrik di Sabah - Madius
SESB hanya mampu menjana dan memiliki 20 peratus daripada keperluan beban asas tenaga elektrik manakala bakinya dijana oleh penjana tenaga bebas (IPP) sebelum dijual kepada syarikat itu.
SESB berusaha bersama semua pihak selesai masalah elektrik Sabah - Pengerusi
Masalah bekalan eletrik di Sabah sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak.
PRU15: Maximus Ongkili bertanding di Tuaran? 'Kita bersedia' - Wilfred Madius
Penyandang kerusi Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja yang akan diletakkan di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
PRU15: UPKO akur terima lima kerusi, Madius kekal di Parlimen Tuaran
Keputusan dicapai selepas melalui proses perbincangan yang panjang dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan.
PRU15: Sudah tiba masanya PM dari sebuah parti berbilang kaum - UPKO
Sudah tiba masanya Malaysia dipimpin oleh seorang pemimpin daripada sebuah parti yang berbilang bangsa seperti Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akta Antilompat Parti: Kerajaan negeri harus ada akta sama, ikut acuan sendiri - Wilfred Madius Tangau
Menurut Wilfred Madius Tangau, setiap negeri harus mempunyai akta tersebut dan diberi kuasa untuk menentukan rupa bentuk undang-undang itu di peringkat negeri.