KUCHING: Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin hari ini mengesahkan bahawa beliau telah memohon untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Willie berkata, beliau mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli parti komonen GPS berkenaan beberapa bulan yang lalu, tetapi masih belum mendapat sebarang keputusan sama ada permohonan beliau itu diterima atau ditolak.
Menurut Willie, beliau tidak pernah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tetapi hanya "diparkirkan" dalam parti itu untuk menyokong kerajaan yang sedia ada.
“Saya telah mengemukakan permohonan saya untuk menyertai parti tempatan dan dengan harapan mereka akan menerima permohonan saya.
"Untuk rekod apabila kerajaan bertukar saya tidak menyertai mana-mana parti tetapi saya tidak menafikan bahawa saya diletakkan di dalam untuk menyokong kerajaan yang mana mereka secara teknikal meletakkan saya di bawah Bersatu supaya saya boleh membawa nombor (bilangan kerusi yang mencukupi) bagi menyokong kerajaan hari ini dan sekarang saya juga masih menyokong kerajaan sekarang dan saya amat berterima kasih atas bantuan kerajaan sekarang.
"Saya ingin untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan saya amat bersyukur kerana semasa saya dalam kerajaan banyak bantuan dan pembangunan yang kita bawa ke kawasan pilihan raya dan saya harap ini berterusan dan saya percaya kita boleh bekerjasama untuk memastikan kestabilan bukan sahaja kerajaan persekutuan tetapi juga kestabilan kerajaan negeri kerana hanya dengan kestabilan politik dan kerajaan yang stabil kita boleh terus maju," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau berharap parti tempatan di mana beliau mengemukakan permohonan itu akan memberi pertimbangan sewajarnya untuk menerima beliau sebagai ahlinya.
Katanya lagi, beliau komited untuk bekerjasama demi kebaikan pengundi kita di kawasan Parlimen Puncak Borneo dan juga rakyat di Sarawak dan Malaysia.
"Saya telah mengemukakan permohonan saya dan terpulang kepada pucuk pimpinan parti berkenaan untuk melihat sejauh mana keikhlasan saya bekerja dan berkhidmat kepada rakyat di kawasan saya dan jika mereka fikir saya orang yang betul untuk terus membawa bendera parti dan mewakili rakyat di Puncak Borneo mereka boleh pertimbangkan dan saya amat menghargai jika mereka boleh menerima saya," katanya.
Willie memenangi kerusi Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari PBB, Genot Sinel.
Bagaimanapun, beliau meninggalkan PKR ketika "Langkah Sheraton" pada awal 2020 dan bersama Bersatu sebelum dilantik Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada tahun sama.
Lynch Cowan
Mon Jun 20 2022

Menurut Willie, beliau tidak pernah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tetapi hanya "diparkirkan" dalam parti itu untuk menyokong kerajaan yang sedia ada. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

100 Hari Kerajaan Perpaduan: Tiada perubahan reformasi menyerlah - Willie
Kerajaan Perpaduan dilihat belum menunjukkan kesungguhan dan satu perubahan reformasi menyerlah dalam merungkai setiap permasalahan dialami rakyat.

PRU15: Ikrar Willie Mongin buat penduduk Puncak Borneo
Datuk Willie Mongin berikrar melaksanakan rancangan holistik di Parlimen Puncak Borneo terutama pembangunan infrastruktur asas.

PRU15: Tiada istilah menang mudah tawan Puncak Borneo - Willie Mongin
Willie Mongin baakal mempertahankan kerusi Parlimen Puncak Borneo yang ditawannya dalam PRU14 lalu, kali ini sebagai calon GPS.

Harga pasaran minyak sawit negara dijangka stabil dalam tempoh enam bulan
Harga pasaran minyak sawit dalam negara dijangka stabil dan pulih secara berperingkat dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun mendatang.

Willie Mongin kini ahli PBB, permohonan diterima tanpa syarat - Abang Jo
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB telah menerima permohonan daripada Datuk Willie Mongin untuk menjadi ahli PBB tanpa sebarang komitmen dan syarat.

Permohonan Willie Mongin sertai PBB: 'Saya tidak mahu komen' - Jerip Susil
Datuk Dr Jerip Susil enggan mengulas berkenaan permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Nanta serah kepada pucuk pimpinan PBB tentukan permohonan Willie Mongin
Keputusan untuk menerima atau menolak permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) wajar diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Willie Mongin sahkan mohon jadi ahli parti komponen GPS
Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin hari ini mengesahkan bahawa beliau telah memohon untuk menyertai PBB yang merupakan sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Langkah Indonesia tarik balik sekatan eksport minyak sawit tidak jejas industri sawit negara
Malaysia mempunyai pembeli komoditi itu yang tersendiri selain minyak sawit yang berkualiti.

Gaji minimum perlu diperhalusi lagi - Willie
Willie juga berharap skim gaji minimum akan dilaksana dengan formula situasi menang-menang dan tidak terlalu menekan usahawan.