Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta berundur sama dari jawatannya jika mahu menteri-menteri UMNO meletak jawatan atas dasar kepentingan parti.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang berkata, berundur setapak tidak bermaksud mengalah, namun apa yang perlu diperjuangkan semua pemimpin dan ahli adalah demi parti bukannya kepentingan individu tertentu.
Kata beliau, muka-muka baharu perlu diberi ruang dan peluang mengikut arus zaman kerana UMNO sentiasa relevan tetapi pemimipin yang ada hari ini perlu sedar masa dan ketika mereka sudah habis untuk mengemudi parti.
"Merawat dan mengubati lebih baik daripada menyokong dan akhirnya sokongan itu membawa rebah. Pentingkan parti, yakinlah masih ramai lagi pejuang-pejuang UMNO yang akan memperjuangkan parti ini.
"Ramai ahli UMNO dan rakyat khususnya orang-orang Melayu masih mahu bergantung harap kepada parti ini yang sentiasa memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air ini di samping menjaga kepentingan rakyat Malaysia berbilang kaum," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
BACA: PAU2020: 'Kalau anak jantan, dia harus letak jawatan sebagai menteri' - Zahid Hamidi
BACA: Patuh sepenuhnya keputusan dalam PAU2020 - Zahid Hamidi
Baru-baru ini, Ahmad Zahid mencabar pemimpin UMNO yang digelar sebagai makhluk perosak untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini.
Rentetan itu, menteri-menteri UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam Kabinet.
BACA: Letak jawatan: Sebahagian Menteri, Timbalan Menteri UMNO bertemu PM?
Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini tidak membuat usul untuk menteri-menteri UMNO meletakkan jawatan.
Situasi itu menimbulkan kemelut baharu dalam UMNO apabila timbul percanggahan pendapat dalam kalangan pemimpinnya termasuk desakan diadakan pemilihan parti dengan segera oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bagi menyelesaikan kemelut itu.
Dalam pada itu, Mohd Helmi berkata, generasi baharu semakin ramai, pemikiran dan pendekatan semakin berubah, maka ini adalah hakikat yang perlu semua pihak terima dengan hati terbuka.
"Jangan sentiasa mendongak ke langit, pandang-pandanglah ke bawah. UMNO perlu bangkit dengan kepimpinan yang baharu dan segar.
"Tidak perlu letak jawatan, tetapi berundurlah dengan secara terhormat," katanya.
Astro Awani
Fri Apr 02 2021

Mohd Helmi berkata, berundur setapak tidak bermaksud mengalah, namun apa yang perlu diperjuangkan semua pemimpin dan ahli adalah demi parti bukannya kepentingan individu tertentu. - Foto UMNO ONLINE

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.