KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh mencadangkan nama calon lain untuk menjadi Perdana Menteri seandainya UMNO membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman.
Beliau berkata, Presiden UMNO itu juga boleh terus kekal di jawatannya sebelum mandat baharu parti selepas PRU15 kelak.
Jelasnya, strategi itu perlu dilakukan segera dan kelewatan akan menyebabkan parti kucar-kacir.
"Dari segi kita untuk menghadapi PRU, dia (Ahmad Zahid) adalah presiden. Apakah kesan dan strategi dalam mengendali isu ini, dia boleh mengubah keadaan kalau dia mencadangkan orang lain sebagai Perdana Menteri, keadaan berubah.
"Dia sebagai presiden hanya membantu hendak hadapi pilihan raya dengan mengemukakan orang yang lebih baik untuk dijadikan calon perdana menteri. Itu tidak ada hal, boleh berlaku," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
BACA: Ahmad Zahid penting diri jika tidak segera berundur - Dr Jeniri
BACA: Tun M tidak tolak kemungkinan UMNO boleh jalin kerjasama dengan DAP
Mengenai sama ada Ahmad Zahid boleh menjadi calon Perdana Menteri, katanya berdasarkan keadaan semasa, Presiden UMNO itu tidak sesuai untuk jawatan berkenaan.
Sebelum ini, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir berkata, Ahmad Zahid Hamidi akan dilihat lebih mengutamakan kepentingan peribadi oleh ahli akar umbi sekiranya tidak segera berundur dari jawatan Presiden UMNO.
Jelasnya, ia sekali gus akan melakar semula perjalanan parti itu dalam landskap politik tanah air.
Dalam pada itu kata Ahmad Tajuddin, isu tiada kerjasama dengan DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang jelas diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini juga tidak mustahil mungkin berubah selepas PRU15 kelak.
Katanya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk perkara yang dianggap tidak logik dalam politik.
Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tidak menolak kemungkinan UMNO boleh menjalinkan hubungan dengan DAP kerana mempunyai pengalaman bekerjasama dengan MCA sejak sekian lama.
Jelas bekas Perdana Menteri itu, MCA yang kini bersama-sama dengan UMNO dalam Barisan Nasional juga pernah dilihat 'melampau' suatu ketika dahulu.
Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga pernah bergurau dengan berkata beliau merupakan calon Perdana Menteri yang paling sesuai bagi UMNO sekiranya parti tersebut menang dalam PRU15.
Astro Awani
Mon Apr 05 2021

Ahmad Tajuddin berkata, Presiden UMNO itu juga boleh terus kekal di jawatannya sebelum mandat baharu parti diberi selepas PRU15 kelak. - GAmbar fail/ Astro AWANI / Shahir Omar

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.