KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan UMNO yang bakal diadakan sebelum 19 Mei tahun ini.
Namun begitu beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional itu tidak mendedahkan jawatan yang akan ditandinginya dengan sekadar memberitahu akan mengumumkannya apabila tiba masanya.
"Dulu saya bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi, kali ini saya akan tengok macam mana kedudukannya. Saya ini senang sahaja, tidak ada perkara-perkara terdesak saya nak itu atau ini.
Yang paling mustahak ialah saya boleh menjadi sebahagian daripada pasukan untuk kita bina semula parti ini. Kerusi (jawatan) itu saya akan umumkan nanti," katanya kepada pemberita ketika melawat laman media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam pada itu Zambry turut mengesahkan tiada usul supaya jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan nanti.
"Walaubagaimanapun mungkin diserahkan kepada perwakilan yang akan membahaskan usul-usul yang dibawa," katanya.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pagi tadi berkata beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan sama ada dua jawatan tertinggi parti itu perlu dipertandingkan atau tidak.
Ahmad Zahid berkata pelbagai pandangan telah dilontarkan berhubung pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, namun beliau yakin para perwakilan UMNO sudah cukup matang untuk membuat penilaian sesuai dengan proses demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sebelum ini dilaporkan terbuka untuk dicabar oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memegang jawatan nombor satu parti itu pada pemilihan parti akan datang Mei depan.
Ia bertujuan memberi peluang kepada kira-kira 160,000 perwakilan untuk memilih pucuk pimpinan parti khususnya bagi jawatan presiden dan timbalan presiden, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023

Setiausaha Agung Barisan Nasional itu tidak mendedahkan jawatan yang akan ditandinginya dengan sekadar memberitahu akan mengumumkannya apabila tiba masanya. - Gambar/ Astro AWANI

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Usul tambahan PAU2022, Ahli MKT pula akan dipanggil RoS - Aizat Fikri
Aizat Fikri telah dipanggil RoS untuk memberi keterangan lanjut berkenaan laporannya terhadap pelanggaran perlembagaan parti semasa PAU202.

Mohamed Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.

Langgar perlembagaan: Ahli UMNO terima surat maklum balas RoS
Menerusi surat bertarikh 26 Januari itu, RoS menyatakan sedang dalam proses semakan dan siasatan terperinci berkaitan aduan yang dibuat.

UMNO jumpa RoS, jelas aduan jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding
UMNO memberi penjelasan kepada RoS berhubung usul tambahan yang diluluskan pada PAU2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti tahun ini.

PAU2022: UMNO serah kepada RoS - Zahid
UMNO menyerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan mengenai keabsahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Aktivis Pemuda UMNO gesa RoS bebas daripada campur tangan mana-mana pihak
Ujar Syed Mohd, RoS perlu bebas daripada campur tangan mana-mana pihak demi keadilan dan demokrasi di negara ini.

PAU2022: Ahmad Maslan akan bertemu RoS dalam masa terdekat
Beliau dan peguam parti akan menjelaskan kepada RoS bahawa proses pengundian dalam PAU 2022 dijalankan mengikut peraturan parti.

UMNO Seremban nafi hantar notis bantahan
UMNO Bahagian Seremban nafi terlibat dengan tindakan seorang ahlinya yang menghantar notis bantahan keputusan PAU2022 kepada RoS mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Notis bantahan keputusan PAU 2022 tepat dan berani - KJ
Khairy menyifatkan tindakan dua ahli UMNO menghantar notis bantahan kepada RoS susulan keputusan PAU2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya sebagai tepat dan berani.

PAU2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS
Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.