Skip to main content

Dunia

Indonesia batal perlawanan persahabatan di Asia Barat

Erick menganggap keutamaan ketika ini adalah keselamatan dan PSSI akan mengumumkan pelan tindakan alternatif untuk menggantikan perlawanan persahabatan antara Indonesia dan Jordan itu. - Foto Astro ARENA
Erick menganggap keutamaan ketika ini adalah keselamatan dan PSSI akan mengumumkan pelan tindakan alternatif untuk menggantikan perlawanan persahabatan antara Indonesia dan Jordan itu. - Foto Astro ARENA
Advertisement

TUJUH hari sebelum sepak mula perlawanan persahabatan antara Indonesia dan Jordan, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) membuat keputusan untuk membatalkan perlawanan persahabatan tersebut.

Ia susulan konflik Asia Barat yang berada di tahap membimbangkan ketika ini, sekali gus meletakkan keselamatan pemain sebagai perkara nombor satu.

Presiden PSSI Erick Thohir menganggap keutamaan ketika ini adalah keselamatan dan dalam masa yang sama berkongsi bahawa PSSI akan mengumumkan pelan tindakan alternatif untuk menggantikan perlawanan itu.

Advertisement

"Kami mengutamakan keselamatan para pemain terlebih dahulu, lebih-lebih lagi selepas AFC menangguhkan kejohanan Piala Asia.

"November ini agak tidak menentu kerana ia bukan lagi sebagai ujian untuk AFC. Selepas itu, pihak Badan Tim Nasional dan Coach John akan berbincang mengenai pelan B," kata Erick, merujuk kepada John Herdman, ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia.

Advertisement


 

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement