Skip to main content

Malaysia

Arrifin ketuai MSN, Jefri dilantik Pesuruhjaya Sukan berkuat kuasa hari ini

Kiri, Arrifin, kanan, Jefri. - Foto Astro AWANI
Kiri, Arrifin, kanan, Jefri. - Foto Astro AWANI

Advertisement

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan rombakan penempatan dua pegawai kanan yang menyaksikan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin bertukar portfolio dengan Pesuruhjaya Sukan Arrifin Mohd Ghani, berkuat kuasa hari ini.

KBS berkata menerusi penstrukturan semula itu, Arrifin kini menerajui MSN sebagai Ketua Pengarah, manakala Jefri mengambil alih tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Sukan.

Menurut KBS, penstrukturan semula itu merupakan langkah KBS untuk memperkasakan dan memperkukuh tadbir urus agensi di bawah kementerian.

"KBS yakin penstrukturan penempatan ini dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan pengurusan, pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan dasar dan inisiatif pembangunan sukan negara secara efisien," menurut kenyataan itu.

Kementerian turut merakamkan penghargaan atas khidmat serta sumbangan Arrifin dan Jefri, selain berharap mereka dapat meneruskan komitmen serta memberikan perkhidmatan terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab baharu demi kemajuan ekosistem sukan negara.

-- BERNAMA  

 

Must Watch Video

Advertisement