Skip to main content

Malaysia

Piala FA: Tular peminat fail aduan ke FIFA pengadil Kuching City-Selangor

- Foto Stadium Astro
- Foto Stadium Astro
Advertisement

TULAR di media sosial peminat memfailkan aduan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai kualiti pengadil membabitkan perlawanan Selangor FC dan Kuching City FC dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA, di Stadium Taha Ariffin, Kuching, malam tadi.

Dalam sebuah perkongsian di laman Thread, sebuah akaun memfailkan aduan di bawah perkara 'Manipulasi perlawanan dan pertandingan bola sepak' membabitkan pegawai perlawanan, Izwan Abdullah, yang mengemudi aksi itu.

Aksi malam tadi menyaksikan beberapa insiden kontroversi membabitkan layangan kad merah dan kekecohan antara kedua-dua pasukan.

Advertisement

Bahang perlawanan kian hangat apabila penyerang berbisa Gergasi Merah, Chrigor Moraes, dikasari dua kali tetapi pihak lawan terlepas daripada sebarang hukuman.

Ia selain tindakan Izwan, selaku pengadil, yang menghadiahkan sepakan penalti yang mengundang persoalan, memandangkan Harith Haiqal Adam Afkar terlebih dahulu mengeluarkan bola dari kawasan bahaya tatkala cuba diterkam penyerang Kuching, Jerome Etame.

Advertisement

 

Kekecohan di bangku simpanan pula tercetus membabitkan pemain tuan rumah yang meluru ke bangku simpanan pasukan pelawat bagi meraikan jaringan dan mendorong Izwan melayangkan kad merah ke atas jurulatih kecergasan Selangor, Joel Dones, dan Eduardo Sosa. 

 

 

Must Watch Video

Advertisement