PELARI pecut negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, meneruskan kemaraan ke peringkat akhir acara 100 meter lelaki di World Athletics U20 Championships 2026 di Oregon, Amerika Syarikat, sebentar tadi.
Dia merekodkan catatan masa 10.36 saat (s) untuk menamatkan larian di kedudukan kedua, sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan berlangsung esok.
Kejayaan itu menyaksikan Danish Iftikhar antara sembilan pelari pecut terbaik dunia B-20 tahun.
Untuk rekod, dia mencatatkan catatan masa 10.30s - catatan terbaik musim (SB) - dalam peringkat saringan keenam untuk mara ke separuh akhir.
"Alhamdulillah! Danish Iftikhar mencatat masa 10.36 saat dalam acara 100m Lelaki Separuh Akhir 2 di World Athletics U20 Championships 2026, sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada esok, jam 11.50 pagi (waktu Malaysia).
π²πΎ SATU-SATUNYA WAKIL ASIA.
Danish Iftikhar Muhammad Roslee layak ke final acara 100m lelaki di World Athletics U20 Championships Oregon 2026.
β±οΈ 10.36s
π₯ Tempat kedua separuh akhir 2
Final 11.50 am esok. Lets go Danish!! ππ»ββοΈπ₯@ASTROARENA pic.twitter.com/KfdIc1XpMUβ Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) August 6, 2026
"Kejayaan ini menyaksikan Danish Iftikhar muncul sebagai salah seorang daripada sembilan pelari pecut terbaik dunia U20, sekali gus melakar satu lagi detik bersejarah buat olahraga Malaysia.
"Tahniah Danish Iftikhar, semoga berjaya memburu keputusan terbaik di pentas akhir!" kongsi Olahraga Malaysia (MA).