JAKARTA: Kira-kira 8,000 peminat dari Indonesia dijangka hadir memeriahkan Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Sepang pada 21 hingga 23 Okt ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Azhan Shafriman Hanif berkata, peminat tegar di Indonesia, teruja untuk menyaksikan perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar 2022, yang bakal menjadi venue yang akan menobatkan Juara Dunia pada penghujung musim nanti.
Beliau tidak menafikan perlumbaan yang ditawarkan musim ini agak berbeza, selepas ketiadaan Valentino Rossi yang bersara pada musim lalu sekali gus mempengaruhi pembelian tiket dikebanyakan litar.
"Tetapi dengan kepulangan Marc Marquez ke Misano sebelum ini, diharap dapat memberi peluang untuk beliau datang ke Litar Antarabangsa Sepang nanti," katanya pada taklimat media sempena lawatan serantau di Jakarta dan Bandung, dengan kerjasama Tourism Malaysia Jakarta.
Marquez, juara dunia lapan kali pada Selesa dilaporkan kembali mengendali jentera Pasukan Repsol Honda dalam ujian di Litar Dunia Misano, Itali, 100 hari selepas menjalani pembedahan tulang lengan.
Menurut Azhan, jumlah sasaran berkurang berbanding musim 2019 yang mencatatkan 11,000 peminat dari Indonesia, disebabkan harga tiket kapal terbang mahal dan pengurangan jumlah penerbangan.
SIC menyasarkan lebih 170,000 penonton ke Litar Antarabangsa Sepang tahun ini dan komited memastikan kualiti MotoGP Malaysia berada di peringkat tertinggi.
"Pembelian tiket yang agak perlahan sebelum ini, mula menunjukkan peningkatan dalam tempoh seminggu ke dua minggu lepas," kata Azhan.
Sementara itu Pengarah Tourism Malaysia Jakarta Junus Sahid berkata penganjuran MotoGP di Sepang setelah dua tahun terhenti akibat pandemik COVID-19, mampu mendorong lebih ramai pelancong Indonesia ke Malaysia.
"Kita yakin acara ini yang mempunyai ramai peminat di Indonesia akan hadir ke Malaysia dan akan meningkatkan ketibaan mereka pada Oktober ke Malaysia," katanya.
Sasaran ketibaan pelancong Indonesia ke Malaysia tahun ini disemak semula menjadi 400,000 pelancong berbanding sasaran awal seramai 180,000 pelancong.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022

Azhan Shafriman Hanif berkata, peminat tegar di Indonesia teruja untuk menyaksikan perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar 2022. - Gambar fail

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.

ARRC: Hafizh Syahrin naik podium menjelang perebutan akhir kejuaraan di Buriram
Hafizh Syahrin melonjak ke tempat ketiga kategori Asia Superbike 1000cc (ABS1000) dengan catatan masa 25 minit 30.275 saat.

SIC dapat lampu hijau sambung kontrak anjur MotoGP Malaysia
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk melanjutkan kontrak penganjuran Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 sehingga tahun 2026.

Ujian pramusim: Bastianini catat masa terpantas di Sepang
Pelumba Itali Enea Bastianini secara tidak rasmi muncul pelumba MotoGP terpantas selepas mengatasi rekod sepusingan terpantas musim lepas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

KBS, SIC bantu penempatan Qabil Irfan bagi latihan komprehensif
KBS bersama SIC akan membantu penempatan baharu Qabil Irfan Azlan di Selangor selepas beliau diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam Program Pembangunan Sukan Permotoran.

GP Malaysia tarik 182,912 penonton, SIC kini fokus tambah baik litar
Kehadiran musim ini mengatasi jumlah 163,567 penonton tahun lepas.

MotoGP: Marquez ungguli perlumbaan pecut, Bagnaia ketiga
Pelumba MotoGP Gresini Racing Alex Marquez muncul juara perlumbaan pecut yang buat pertama kalinya diadakan pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

SIC, ZK Racing bincang masa depan Damok
Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengadakan perjumpaan bersama pengurus pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin bagi membincangkan masa depan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman.

SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023
Sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand mula dijual semalam kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket.

SIC rai delegasi antarabangsa, pamer fasiliti
Hari Terbuka SIC merupakan inisiatif dan pemangkin dalam meyakinkan pihak berkepentingan daripada industri permotoran Malaysia dan luar negara.