KUALA LUMPUR: Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah dan adik lelakinya Aiden memburu rekod baharu dalam saingan Kejohanan Oceania 2022 di Australia hujung minggu ini.
Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) dalam kenyataan memaklumkan Aaliyah Yoong, 19, dan Aiden Yoong, 17, dijemput oleh Konfederasi Oceania untuk bertanding dengan beberapa pemain ski terbaik di rantau ini di Max Kirwan Ski Park Mulwala, New South Wales.
Sudah tentu ini peluang untuk Aaliyah Yoong terus menyerlahkan kehadirannya di peringkat tertinggi susulan kejayaan beliau tahun ini, kerana acara berkenaan akan menamatkan musim 2022 beliau, dengan kejohanan Oceania akan menampilkan saingan kuat dari Australia dan New Zealand.
Sementara itu, bagi Aiden Yoong, kejohanan itu ialah pertandingan kedua beliau tahun ini dengan matlamat untuk memperbaiki mata 'tricks' dengan sasaran mendapat jemputan ke Junior Moomba di Melbourne pada Mac tahun depan.
Aaliyah Yoong akan bertanding dalam tiga acara iaitu 'slalom', 'tricks' dan 'jump' manakala Aiden Yoong akan beraksi dalam 'slalom' dan 'tricks' sahaja.
Ketua jurulatih Hanifah Yoong berkata kejohanan itu ialah acara antarabangsa ketujuh buat Aaliyah tahun ini dan keputusannya setakat ini telah menempatkan beliau kukuh pada kedudukan 10 terbaik wanita dalam ranking wanita terbuka.
"Beliau juga dalam senarai tiga terbaik dunia dalam ranking bawah 21 tahun dan semestinya mahu terus meningkat. Beliau perlukan acara ini untuk melonjakkan ranking dunianya sebagai permulaan baik dalam Kejohanan Dunia B-21 IWWF (Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Antarabangsa) di Mexico tahun depan.
"Aiden hanya ada satu acara antarabangsa tahun ini apabila beliau bersaing dalam pertemua Asia tetapi beliau juga telah mencapai kemajuan yang baik dalam latihan selama enam bulan lepas," katanya.
Pada Julai, Aaliyah Yoong menjadi pemain ski Malaysia pertama memenangi pingat di pentas dunia apabila meraih gangsa dalam acara tricks kegemarannya pada Sukan Dunia di Birmingham, Alabama.
Prestasinya terus menyerlah apabila mendominasi Kejohanan Asia pada Ogos setelah menyapu bersih kesemua empat pingat emas dalam acara 'tricks', 'slalom', 'jump' dan keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2022
![Aaliyah, Aiden buru rekod baharu pada Kejohanan Oceania 2022 Aaliyah, Aiden buru rekod baharu pada Kejohanan Oceania 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668806700_AaliyahYoong.jpg)
Aaliyah (kanan) dan Aiden. - Foto Instagram Aaliyah Yoong Hanifah
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Aaliyah perbaharui rekod Asia di Florida Aaliyah perbaharui rekod Asia di Florida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713777163_TBaaliyah.jpg)
Aaliyah perbaharui rekod Asia di Florida
Atlet berusia 20 tahun itu mengumpul 8,450 mata mengatasi rekod miliknya sendiri yang dilakukan pada Terbuka Asia iaitu 8,080 mata di Fluid Summer Showdown pada Jun 2022.
![Aaliyah raih gangsa di Moomba Masters 2024 Aaliyah raih gangsa di Moomba Masters 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710192417_HanifahYoongYinFa.jpg)
Aaliyah raih gangsa di Moomba Masters 2024
Atlet berusia 20 tahun yang membuat penampilan ke-11 di kejohanan itu mengumpul keseluruhan 2215.25 mata dalam kejohanan di Sungai Yarra.
![Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697468269_AaliyahYoongHanifa.jpg)
Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida
Kedudukan tersebut membolehkan Aaliyah mendapat tempat dalam final 12 peluncur, sekali gus menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik di tempat kesembilan.
![Raih tiga pingat emas, hadiah hari lahir Aaliyah Raih tiga pingat emas, hadiah hari lahir Aaliyah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660722270_BuoyantAaliyah.jpg)
Raih tiga pingat emas, hadiah hari lahir Aaliyah
Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong memenangi pingat emas menerusi acara terbuka slalom, terbuka tricks dan terbuka jump.
![Aaliyah terima biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM1.1 juta Aaliyah terima biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM1.1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660722555_TBaaliyah.jpg)
Aaliyah terima biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM1.1 juta
Aaliyah menerima biasiswa bernilai RM1.1 juta daripada Yayasan Sime Darby untuk melanjutkan pelajaran ke Florida, mulai Januari tahun depan.
![Aaliyah, Aiden buru rekod baharu pada Kejohanan Oceania 2022 Aaliyah, Aiden buru rekod baharu pada Kejohanan Oceania 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668806700_AaliyahYoong.jpg)
Aaliyah, Aiden buru rekod baharu pada Kejohanan Oceania 2022
Aaliyah dan Aiden dijemput untuk bertanding dengan beberapa pemain ski terbaik di Max Kirwan Ski Park Mulwala, New South Wales.
![Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/61565952998_TBPELUNCURNEGARA.jpg)
Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan
Aaliyah merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara 'tricks' wanita.
![Aaliyah Yoong tambah emas, gangsa kategori terbuka Moomba Masters 2022 Aaliyah Yoong tambah emas, gangsa kategori terbuka Moomba Masters 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646822775_TBPELUNCURNEGARA.jpg)
Aaliyah Yoong tambah emas, gangsa kategori terbuka Moomba Masters 2022
Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah terus cemerlang apabila merangkul gelaran juara keseluruhan terbuka wanita Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, semalam.
![Aaliyah rangkul dua emas, satu gangsa untuk muncul juara keseluruhan Moomba Master Aaliyah rangkul dua emas, satu gangsa untuk muncul juara keseluruhan Moomba Master](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646822775_TBPELUNCURNEGARA.jpg)
Aaliyah rangkul dua emas, satu gangsa untuk muncul juara keseluruhan Moomba Master
Atlet ski air remaja negara Aaliyah Yoong Hanifah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, hari ini.
![Aaliyah Yoong positif COVID-19, tarik diri dari Kejohanan Remaja Dunia 2020 Aaliyah Yoong positif COVID-19, tarik diri dari Kejohanan Remaja Dunia 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/41565622123_Atletluncurair.jpg)
Aaliyah Yoong positif COVID-19, tarik diri dari Kejohanan Remaja Dunia 2020
Aaliyah yang dijadualkan bertanding dalam Kejohanan Remaja Dunia itu di Florida dari 22 hingga 29 Ogos dijangkiti virus itu awal minggu ini.