KUALA LUMPUR:Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tempat ke perlawanan akhir Terbuka Thailand.
Mereka adalah wakil tunggal negara yang berjaya melepasi separuh akhir kejohanan di Bangkok itu, semalam.
Gandingan ranking kesembilan dunia dan pilihan kelapan kejohanan itu adalah antara beregu negara selain beregu wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang layak ke separuh akhir pada Jumaat.
Dalam aksi semalam di Impact Arena, Aaron dan Soh memerlukan 35 minit sahaja untuk meraih kemenangan 21-18, 21-18 ke atas pemain nombor 10 dunia, R.Satwiksairaj-S.Chirag dari India, menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam laman webnya, www.bwfbadminton.com.
Mereka akan berdepan pilihan keenam Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan yang mengalahkan beregu nombor dua dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dengan keputusan 14-21, 22-20, 21-12 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung selama 50 minit.
Sementara itu, Mei Kuan-Meng Yean kalah kepada beregu pilihan keempat kejohanan Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan dengan keputusan 17-21, 6-21.
Pang Ron-Yee See yang beraksi cemerlang menentang beregu nombor lapan dunia Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia pada suku akhir pada Jumaat, dikalahkan pasangan Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yujung dengan keputusan 21-9, 21-16 dalam masa 36 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 24 2021
Aaron Chia-Soh Wooi Yik memerlukan 35 minit sahaja untuk meraih kemenangan 21-18, 21-18 ke atas pemain nombor 10 dunia, R.Satwiksairaj-S.Chirag dari India. - Astro ARENA
FAM tunggu kelulusan kerajaan bagi empat pemain warisan baharu
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi empat pemain warisan baharu Harimau Malaya.
Kilang kitar semula di Sungai Petani terbakar
Sebuah kilang kitar semula di Taman Ria Jaya, Sungai Petani musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas sebanyak 13 ekor lembu seberat 8,450 kilogram yang dianggarkan bernilai RM126,750 di Kampung Bunohan, Tumpat pada Khamis lepas.
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.
Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Saya akan kembali - Jojo
Menurut Jojo, kekalahan itu hanya satu rintangan kecil dalam perjalanan kariernya.
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
#AWANIRingkas 25 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Januari 2025
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
Tekanan semakin dirasai Jun Hao menjelang debut Terbuka Malaysia
Ketiadaan pemain profesional negara Lee Zii Jia membuatkan tumpuan kini beralih kepada Leong Jun Hao untuk menggalas harapan tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka Malaysia 2025.
Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.
BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.
Izzuddin mahu kekal konsisten bagi musim 2025
Kejayaan mara ke pentas final semestinya terpahat sebagai prestasi paling cemerlang sepanjang karier.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.