Ketua jurulatih Pohang, Park Tae-ha, mendakwa pemainnya tidak dapat berehat dengan tenang pada malam perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu ekoran gangguan bunga api di hotel penginapan mereka dari jam 11 malam sehingga lima pagi.
"Saya boleh sahkan yang kami sudah menerima laporan daripada Pohang dan akan menilai dokumen terbabit. Jika terdapat pelanggaran undang-undang, jawatankuasa terbabit seperti disiplin dan etika akan mengambil tindakan," katanya seperti yang dilaporkan sebuah media tempatan.
"Kita ada menerima laporan mengenai gangguan bunyi bising sebelum ini - menggunakan hon kenderaan -- tetapi bunga api dan hon adalah dua perkara berbeza.
"Pasukan tuan rumah pasti sukar untuk mengawal keadaan di kawasan umum. Sebagai tuan rumah, JDT bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan pasukan pelawat di venue latihan, stadium dan di dalam hotel.
"Tetapi pasukan itu tidak ada kawalan ke atas kawasan umum seperti jalan raya."
Dalam perlawanan itu, Pohang tersingkir daripada ACLE selepas tewas 2-5 kepada JDT. -- Stadium Astro
