KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Khamis membincangkan proses memuktamadkan belanjawan bagi 2021/2022 sebagai persediaan berdepan transisi ke fasa endemik COVID-19.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan AFC bagi penggal 2019-2023 Datuk Hamidin Mohd Amin berkata industri bola sepak Asia sedang bersiap siaga ke arah fasa endemik yang dijangka mengembalikan keadaan normal menjelang 2023.
Beliau yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata rantaian COVID-19 sememangnya sukar untuk diputuskan sepenuhnya dan negara Asia termasuk Malaysia perlu menyesuaikan diri untuk 'hidup bersama' virus, selaras langkah yang disaran kebanyakan negara.
"Industri bola sepak Asia sememangnya komited dalam membuka sektor sukan ini dengan selamat sekalipun akan tetap berdepan cabaran besar. Berdasarkan senario semasa, AFC akan bersedia dalam persiapan bajet serta tajaan untuk berdepan musim ini serta akan datang.
"AFC akan terus bersama dengan ahli gabungan terutama negara yang terjejas teruk dengan memberi sokongan yang diperlukan terutama dari segi bantuan dana atau kewangan," kata Hamidin menerusi hantaran di Facebook rasmi FAM, pada Khamis.
Menurut hantaran itu Hamidin menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan AFC kali keempat dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Mariano V. Araneta Jr yang diadakan secara maya pada Khamis.
Hamidin berkata mesyuarat itu turut membincangkan perbelanjaan muktamad dan perkembangan prestasi penaja serta pelan agihan kewangan pusingan akhir Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2022.
"Kita perlu kekalkan perpaduan dan solidariti untuk memastikan kelangsungan bola sepak terutama dalam usaha menyaksikannya kembali normal pada fasa endemik. AFC dan ahli gabungan akan saling menyokong antara satu sama lain ketika berdepan situasi ketidaktentuan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021

Hamidin berkata mesyuarat itu turut membincangkan perbelanjaan muktamad dan perkembangan prestasi penaja serta pelan agihan kewangan pusingan akhir Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2022. - Foto fail

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

AFC ucap terima kasih kepada Kim Pan-gon
AFC memuat naik hantaran mengandungi ucapan terima kasih kepada bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Indonesia ikut jejak langkah Malaysia harumkan nama di pentas Asia
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menobatkan Anugerah Bantuan Jaringan Terbaik Piala Asia 2023 milik pemain sayap Indonesia, Yakob Sayuri.

Piala Asia 2023 bakal pecah rekod penyiaran terbesar dalam sejarah kejohanan
Saingan Piala Asia Qatar 2023 bakal memecah rekod penyiaran terbesar dalam sejarah sejak kejohanan itu bermula.

AFC buat persiapan hadapi fasa endemik
AFC membincangkan proses memuktamadkan belanjawan bagi 2021/2022 sebagai persediaan berdepan transisi ke fasa endemik COVID-19.

Pasukan Liga-M dijangka terima vaksin pada fasa ketiga - MFL
Pemain dan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dijangka menerima suntikan vaksin pada fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

UAE tuan rumah baki perlawanan kelayakan Harimau Malaya - AFC
AFC mengesahkan UAE sebagai venue berpusat untuk baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi pasukan Harimau Malaya.

Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.

Koronavirus: AFC adakan mesyuarat tergempar mengenai jadual ACL
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada Selasa ini untuk membincangkan kemungkinan menjadualkan semula perlawanan kelab-kelab terbaik di benua ini.

Malaysia kalahkan Thailand 1-0, layak ke Uzbekistan
Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 selepas mengalahkan Thailand 1-0.

China tuan rumah Piala Asia 2023 - AFC
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebulat suara memilih China sebagai tuan rumah kejohanan Piala Asia 2023