KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan merasmikan Nicol David Organisation (NDO), yang diasaskan oleh jaguh dan legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David di sini semalam.
Keberangkatan tiba pasangan diraja pada pukul 11 pagi di NDO, terletak di Bukit Jalil Golf and Country Resort, disambut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Nicol dan bekas pemain Colombia, Mariana de Reyes, selaku pengasas bersama NDO.
Seri Paduka berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan sekumpulan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.
Pasangan diraja itu kemudian berkenan melawat pejabat NDO serta fasiliti lain iaitu bilik kelas serta pusat latihan skuasy.
NDO adalah platform bagi membina masa depan yang positif melalui latihan skuasy dan tutorial Bahasa Inggeris secara bersubsidi untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana berumur antara 8 dan 12 tahun.
Program skuasy direka Nicol selaku ketua jurulatih dengan menumpukan aspek pembangunan kanak-kanak melalui kelas dan modul yang disediakan serta berpeluang menyertai pertandingan dan kejohanan peringkat kebangsaan dan NDO.
Program tutorial Bahasa Inggeris pula dilaksanakan dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sebagai rakan program dan sejajar dengan kurikulum Kementerian Pendidikan untuk sekolah rendah.
Penubuhan NDO turut mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Coway Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia, AlA Malaysia, JD Sports, Dunlop Malaysia dan Fitness Concept.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan bergambar bersama peserta program 'Little Legends selepas perasmian NDO di Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur, semalam. -- fotoBERNAMA
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

'Saya tak rindu beraksi, fokus lahirkan pelapis negara' - Nicol David
Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengakui tidak pernah terlintas untuk kembali bergiat aktif sebagai pemain walaupun sebelum ini ia sebati dalam dirinya selama 20 tahun.

Nicol David sedia bantu lahir seorang lagi jaguh skuasy dunia
Nicol, bekas juara dunia sebanyak lapan itu, berkata program NDO akan bermula 13 Jun ini dengan melibatkan murid-murid daripada empat sekolah di Lembah Klang.

Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.