PASTINYA bercampur-baur perasaan penyokong Manchester City – dalam pada mereka meraikan kejayaan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), mereka terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada seorang legenda, Sergio Aguero.
Mungkin sudah suratan takdir, Aguero menjaringkan gol sebanyak dua kali sewaktu menentang Everton kelmarin untuk menjadikan jumlah jaringannya sebanyak 184 gol, sekali gus memecahkan rekod yang dahulunya dipegang Wayne Rooney, penyerang dari pasukan seteru tradisional, Manchester United.
Dalam temu bual pasca perlawanan bersama BBC, pengurus City, Pep Guardiola, ternyata sangat terharu sehingga berlinang air matanya.
"Sergio adalah seorang insan yang cukup istimewa dan perlawanan hari ini cukup sempurna untuknya.
"Dia seseorang yang cukup baik, teramat baik, kami tidak mungkin akan dapat menggantikan tempatnya dengan sesiapa pun.
"Sabtu lalu, saya berkesempatan berbual dengannya dan saya bertanya 'Macam mana Sergio? Adakah kecederaan kamu masih membelenggu? Kamu mahu main dari permulaan atau pada separuh masa kedua?'
"Dia beritahu saya yang dia mahu dimasukkan pada 30 minit terakhir, tetapi dia tidak beritahu saya yang dia hanya perlukan tiga minit untuk menjaringkan dua gol!" ujar Guardiola.
Namun, di sebalik segala kegembiraan tersebut, Guardiola turut sempat berkongsikan satu maklumat penting.
"Mungkin saya boleh dedahkan satu rahsia di sini, Sergio hampir pasti menyertai Barcelona untuk bergandingan dengan pemain terbaik dunia, Lionel Messi.
"Saya pasti dia akan bergembira di sana dan mungkin Barcelona akan menjadi lebih kuat dengan kehadirannya nanti."
Perlawanan menentang Everton itu adalah kali terakhir Aguero beraksi di Stadium Etihad, namun dia masih berpeluang untuk melakar sejarah lebih lanjut sewaktu menentang Chelsea dalam final Liga Juara-Juara UEFA di Estádio do Dragão, Sabtu ini.
Dalam satu majlis yang dianjurkan khas untuknya sejurus selepas upacara meraikan kemenangan kelmarin, Aguero memberikan ucapan ringkas sambil tersenyum lebar: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang, terutama kakitangan kelab dan semestinya peminat setia Manchester City."
Dia dihadiahkan dengan jersi replika yang memaparkan detik gol paling masyhur dijaringkannya sewaktu menentang Queens Park Rangers pada 2012 -- minit 93:20 -- serta tiket musim seumur hidup.
Bagi mengabadikan jasanya, satu tugu dirinya turut bakal didirikan di hadapan Stadium Etihad.
Setelah selesai segalanya, Aguero dilambungkan ke udara oleh rakan-rakan sepasukan dan memberikan lambaian terakhir kepada kamera.
Sejujurnya, biarpun pemergian Aguero sudah diumumkan berbulan-bulan lalu, hakikat ini masih agak sukar untuk dihadamkan.
Aguero cukup sinonim dengan City, seperti mana sinonimnya Lionel Messi dengan Barcelona dan Robert Lewandowski bersama Bayern Munich.
Terlintas di fikiran, jika pandemik COVID-19 tidak melanda, mungkinkah Aguero akan tetap terus bersama City sehinggalah ke hari persaraannya? Siapa tahu.
Memandangkan suratan takdir disebut berulang kali dalam artikel ini, wajarlah ia diakhiri dengan satu petikan yang turut melambangkan ketentuan juga.
Dalam temu bual bersama akhbar The Daily Mail pada Jun tahun lalu, Aguero mendedahkan satu rahsia di sebalik gol kemenangan yang dijaringkannya ketika menentang QPR.
"Sebenarnya dalam perlawanan tersebut, saya langsung tak buat apa-apa yang memberangsangkan pun.
"Saya cuma disepak-sepak oleh pemain pertahanan QPR dan hanya mampu terpinga-pinga sepanjang perlawanan.
"Apabila peluang untuk menjaringkan gol tiba pada minit terakhir, saya sebenarnya menyasarkan bola ke haluan lain, tetapi saya tersalah sepak.
"Jika saya sepak dengan betul pada waktu itu, saya jamin bola akan terkena kaki pemain pertahanan dan gol itu tidak akan berlaku."
Sembilan tahun kemudian, suratan takdir jugalah yang memisahkannya dengan City tetapi apa yang pasti, perjalanan Aguero masih belum berakhir.
Astro Arena
Tue May 25 2021

Sergio Aguero dilambung ke udara ketika pasukannya meraikan kejayaan memenangi EPL selepas perlawanan antara Manchester City dan Everton di Stadium Etihad, Manchester, 23 Mei, 2021. (Foto AP)
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Plymouth Argyle pecat Wayne Rooney
Plymouth Argyle boleh mengesahkan bahawa kelab dan Ketua Jurulatih Wayne Rooney telah bersetuju untuk berpisah berkuat kuasa serta-merta.

Plymouth Argyle pertaruh magis Rooney
Rooney menggantikan Ian Foster yang dipecat pada April selepas hanya tiga bulan memegang jawatan itu.

Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.

Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL
Rooney menegaskan bahawa dia bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai pengurus Birmingham dalam misi membawa kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Rooney dilantik sebagai pengurus Birmingham
Bekas kapten England itu menggantikan John Eustace yang dipecat selepas meninggalkan DC United minggu lalu.

MLS: Wayne Rooney sambut Lionel Messi dengan tangan terbuka
Usaha memancing Messi seorang pemain terhebat ke MLS adalah hebat, kata Rooney.

Rooney label Harry Kane sebagai penyerang terbaik England
Kane menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-54 ketika England memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan kemenangan ke atas Itali.

Rooney tidak terkejut Man United tamat kontrak Ronaldo
Wayne Rooney tidak terkejut dengan keputusan Manchester United untuk berpisah dengan Cristiano Ronaldo, berkata kelab itu 'tiada pilihan lain'.

Wayne Rooney didorong cemburu - Cristiano Ronaldo
Rooney berkata, tingkah laku Ronaldo tidak boleh diterima dan dia telah menimbulkan kekacauan.

Piala Dunia Qatar: Rooney yakin Kane mampu pecah rekod penjaring terbanyak England
Kane menuju ke kejohanan itu dengan 51 gol untuk Three Lions, ketinggalan dua di belakang rekod Rooney.