KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara yang semakin menyerlah Pearly Tan dan M. Thinaah, bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam cabaran akan datang, susulan persembahan yang baik pada Kejohanan All England 2021 baru-baru ini.
Walaupun ia penampilan pertama mereka dalam kejohanan badminton tertua dunia berkenaan, ia tidak menjejaskan tumpuan pasangan bukan pilihan kejohanan itu, untuk melangkah ke peringkat ke suku akhir, sebelum tumpas 12-21, 22-20, 16-21 kepada Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun, malam tadi.
Dalam pertembungan dengan pasangan Jepun itu pada hari Jumaat, pasangan yang baru dinobatkan sebagai juara Terbuka Switzerland itu bangkit kembali untuk mengheret perlawanan kepada set penentuan, sebelum tumbang.
Thinaah menggambarkan laluan mereka di Utilita Arena di Birmingham sebagai pengalaman yang amat mengujakan, dan berikrar akan berlatih dengan lebih tekun, selepas dapat mengenal pasti beberapa kelemahan yang menyebabkan mereka tewas.
"Rasanya saya buat beberapa kesilapan dan memberikan banyak mata kepada lawan malam tadi. Mereka cukup pantas dan agresif sepanjang perlawanan, sehingga dapat menewaskan kami di set penentuan, banyak yang kami belajar dari pertandingan ini," katanya dalam satu petikan video yang dipaparkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di halaman Facebook hari ini.
Mengulas kejayaan bangkit di set kedua, Pearly berkata mereka saling membantu di saat penting perlawanan itu, yang menyaksikan mereka berjaya menundukkan beregu ke-12 dunia.
Harapan Malaysia untuk pingat kini kini disandarkan di bahu pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.
Zii Jia akan berhadapan dengan Mark Caljouw dari Belanda, manakala beregu campuran Peng Soon-Liu Ying akan berhadapan dengan Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun.
Dalam perlawanan suku akhir, Zii Jia menewaskan pemain nombor satu dunia Kento Momota dari Jepun dengan 21-16, 21-19 dalam 55 minit, manakala Peng Soon-Liu Ying menewaskan pasangan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue, 17-21, 21-18, 22-20.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 20 2021

Dalam pertembungan dengan pasangan Jepun itu pada Jumaat, pasangan itu bangkit kembali untuk mengheret perlawanan kepada set penentuan, sebelum tumbang. - Gambar fail/ Twitter@BAM

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.