SHAH ALAM: Penyanyi dan komposer Altimet menawarkan untuk menyumbang separuh kutipan royalti harta inteleknya tahun ini bagi membantu membayar denda skuad Selangor FC (SFC) susulan penarikan diri pasukan pada perlawanan Piala Sumbangsih, 10 Mei lepas.
Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Selangor berkata beliau sedia berbuat demikian jika SFC sudi menerima tawaran tersebut.
"Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bayar denda ini jika SFC sudi," katanya ringkas di laman X rasmi miliknya dengan menyertakan pautan berita berhubung hukuman yang dikenakan ke atas Skuad Gergasi Merah itu.
BACA: Liga Super 2024/2025: Selangor FC didenda RM100,000, hilang tiga mata
BACA: Selangor FC pertimbang ambil tindakan seterusnya keputusan MFL
Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan memaklumkan SFC didenda RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025 susulan ketidakhadiran mereka pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Skuad Merah Kuning itu juga perlu membayar pampasan kerugian ditanggung JDT selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu dan MFL dengan jumlahnya akan dimaklumkan kelak.
Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga akan dimainkan tanpa penonton.
Selangor dilaporkan terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih susulan insiden bintangnya Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Altimet berkata beliau sedia berbuat demikian jika SFC sudi menerima tawaran tersebut. - Gambar fail/IG @altimet

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Cetak rompak digital: Finas, Altimet, PPIM kerjasama laksana kempen kesedaran 'android box'
Finas berkata, tindakan proaktif perlu diambil segera bagi mengatasi isu cetak rompak yang semakin meluas dengan kerugian dialami industri media dan hiburan di negara ini dianggar mencecah RM3 bilion.

Altimet rayu kerajaan tegas perangi cetak rompak digital
Altimet berkata situasi tersebut tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara luar.

Altimet tawar bantu bayar denda Selangor FC
Altimet berkata beliau sedia berbuat demikian jika SFC sudi menerima tawaran tersebut.
![[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet [KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644230244_piracy.jpg)
[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet
Jenayah cetak rompak beri kesan amat buruk kepada industri hiburan dan media negara, dengan kerugian tahunan dilaporkan sekitar RM3 bilion dan RM500 juta dalam bentuk cukai.

Waris Fiza Kamarudin layak terima faedah Perkeso
Waris Fiza Kamarudin yang meninggal dunia di London, United Kingdom layak menerima Faedah Pencen Penakat dan FPM daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Belanjawan 2024 rancakkan pertumbuhan industri kreatif - Altimet
Pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM160 juta menerusi Belanjawan 2024.

Baru menang beberapa hari, Altimet dah terima pelbagai aduan rakyat
Altimet membalas beberapa hantaran mengenai aduan, antaranya pertanyaan tentang masalah air di Taman Kosas, Ampang.

PRN: 'Terima kasih pengundi Lembah Jaya, saya akan mula tugas seawal subuh esok' - Altimet
Syed Ahmad berkata tiada lagi perbezaan antara parti kerana beliau akan berkhidmat untuk semua rakyat Lembah Jaya.

PRN: 'Saya nak rehat dan tidur'- Altimet
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali sebagai Altimet, 45, mengakui perkara itu amat memenatkan.

PRN: 'Kalau nampak di warung, itu kerja...' - Altimet daripada penyanyi ke 'wakil B40'
Tidak sekadar berharap kepada pengaruhnya dalam dunia seni, Altimet sebaliknya meletakkan lebih 100 peratus komitmen bagi mendekati pengundi, yang hampir 40 peratus adalah golongan B40 di Lembah Jaya.