SHAH ALAM: Malaysia berkemungkinan besar hanya diwakili kontinjen yang sangat kecil pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di Solo (Surakarta), Indonesia bermula 20 hingga 31 Julai ini.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, ia berikutan beberapa kekangan seperti bajet, kesuntukan masa untuk mempersiapkan kontinjen serta kebimbangan mengenai keselamatan atlet susulan varian Omicron.
Menurutnya, keputusan mengenai penyertaan ke temasya berkenaan hanya akan diputuskan selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), jika Indonesia disahkan sebagai penganjur temasya berkenaan pada 17 Februari ini.
Megat D Shahriman berkata dengan peningkatan kes varian Omicron di seluruh dunia dan angka harian di Malaysia mencecah 10,000 kes semalam, pihaknya tidak mahu meletakkan atlet dalam risiko.
"Kita tidak menyokong penganjuran ini pada mesyuarat bulan lepas kerana (pada ketika itu) Indonesia masih dalam senarai ketidakpatuhan WADA (Agensi Anti-Doping Dunia) dan ini (penganjuran) pada saat akhir.
"Tahun ini kita ada banyak kejohanan utama seperti Sukan Komanwel di Birmingham, Sukan Para Asia di Hangzhou dan beberapa kejohanan kelayakan ke Paralimpik Paris 2024, jadi kita kena pilih keutamaan," katanya selepas merasmikan kursus 'Fitness and Exercise for Person with Disabilities' di UiTM Puncak Alam hari ini.
Lembaga Gabenor (BoG) Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) pada bulan lepas, memberikan kebenaran bersyarat bagi Indonesia menganjurkan temasya berkenaan, selepas Vietnam membatalkan penganjurannya tahun lepas.
Kebenaran itu adalah bersyarat dan tertakluk kepada Indonesia dikeluarkan daripada sekatan yang dikenakan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) susulan 'ketidakpatuhan' dalam melaksanakan program ujian secara berkesan.
Menurut kenyataan media APSF pada bulan lepas, BoG akan mengadakan mesyuarat khas pada 17 Feb untuk membincang dan memastikan bahawa semua syarat termasuk prosedur COVID-19 yang ketat dipenuhi sebelum Indonesia diumumkan secara rasmi sebagai tuan rumah APG.
Namun, pada Khamis lepas, WADA menarik balik sekatan ke atas Indonesia dan Thailand apabila nama negara tersebut dikeluarkan daripada senarai ketidakpatuhan dengan hanya Korea Utara dan Rusia menjadi negara yang masih kekal dalam senarai itu.
Sementara itu, Megat D Shahriman berkata 26 peserta menyertai kursus selama enam hari tajaan Toyota dengan sokongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, yang bakal menerima sijil kejurulatihan tahap ketiga.
"Kursus begini merupakan langkah penting bagi MPM memperkasakan jurulatih untuk mencari dan melatih bakat di peringkat akar umbi yang berpotensi menjadi jaguh dunia. Selepas ini kita akan anjurkan di Alor Setar pada awal Mac dan Kuching pada lewat Mac... harap dapat tarik sekitar 300 peserta secara keseluruhan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022

Megat D Shahriman berkata, ia berikutan beberapa kekangan seperti bajet, kesuntukan masa untuk mempersiapkan kontinjen serta kebimbangan mengenai keselamatan atlet susulan varian Omicron. - Gambar fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

APG: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan membanggakan kontinjen negara
Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja.

PM ucap tahniah, harap skuad bola sepak cerebral palsy terus cemerlang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki negara atas kejayaan meraih pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023
Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG: Mutu atlet negara 'diangkat' di Kemboja
Atlet negara membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.

Malaysia kekal tangga keempat carta walaupun capai 33 emas di Kemboja
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki.

APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.

Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.

APG 2023: Atlet para sedia jadi pengubat duka Malaysia di Kemboja
Ketiadaan tiga jaguh negara - Latif Romly, Ziyad dan Cheah dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen atlet para negara.

APG 2023: Semua atlet sudah jalani proses klasifikasi - CDM
Proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.