KUALA LUMPUR: Lembaga Gabenor (BoG) Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) mengundi memihak kepada Indonesia untuk menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN ke-11 (APG) selepas Vietnam membuat keputusan menangguhkan temasya sukan itu tahun lepas atas alasan pandemik COVID-19.
Indonesia telah mencadangkan agar APG itu diadakan di Solo (Surakarta) dari 20 hingga 31 Julai tahun ini dan menawarkan 13 acara di pelbagai venue sekitar bandar Jawa Tengah di mana berlangsungnya edisi keenam sukan berkenaan pada 2011.
Bagaimanapun, APSF menyatakan bahawa kebenaran itu adalah bersyarat dan tertakluk kepada Indonesia dikeluarkan daripada sekatan yang dikenakan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) susulan 'ketidakpatuhan' dalam melaksanakan program ujian secara berkesan.
Menurut APSF, dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung secara maya Jumaat dan dihadiri wakil lapan negara termasuk Malaysia, majoriti Presiden Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) setuju dengan permohonan Indonesia untuk menjadi hos alternatif sukan itu.
Indonesia dibenar menganjurkan temasya sukan itu selepas enam negara mengundi menyokong manakala satu menentang. Singapura dan Brunei tidak hadir manakala Indonesia, sebagai pihak berkepentingan, dikecualikan daripada proses undian.
Presiden APSF Mejar Jeneral Osoth Bhavilai berkata meskipun isu komitmen kerajaan, sokongan dan pembiayaan telah selesai, Indonesia kini mempunyai tempoh sebulan hingga 15 Feb untuk meyakinkan WADA agar menarik balik sekatan.
"BoG akan mengadakan mesyuarat khas pada 17 Feb untuk membincang dan memastikan bahawa semya syarat termasuk prosedur COVID-19 yang ketat dipenuhi sebelum secara rasmi mengumumkan Indonesia sebagai tuan rumah APG ke-11," menurutnya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022

Mejar Jeneral Osoth Bhavilai berkata, Indonesia kini mempunyai tempoh sebulan hingga 15 Feb untuk meyakinkan WADA agar menarik balik sekatan. - Foto Sinar Harian

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

APSF beri kebenaran bersyarat untuk Indonesia jadi tuan rumah Sukan Para ASEAN
Indonesia menawarkan 13 acara di pelbagai venue sekitar bandar Jawa Tengah di mana berlangsungnya edisi keenam sukan berkenaan pada 2011.

Status sukan Para ASEAN masih tergantung - MPM
MPM belum menerima sebarang surat daripada Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC) mengenai status penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.

Penganjuran Sukan Para ASEAN peroleh tarikh baru
Status penganjuran Sukan Para ASEAN edisi ke-10 akhirnya terjawab selepas satu sidang mesyuarat melalui panggilan video dilaksanakan bersama presiden, Micheal Barredo.

MPM bantah penundaan Sukan Para ASEAN 2020
Megat Shahriman menegaskan Barredo membuat keputusan secara 'unilateral' tanpa merujuk perkara berkenaan kepada ahli majlis APSF, sekali gus bercanggah dengan prosedur ditetapkan APS.

Sukan Para ASEAN: Sasaran Malaysia tidak berubah
Bagaimanapun, Iqbal tidak menafikan kelewatan Sukan Para ASEAN akan memberi kesan negatif terhadap prestasi atlet negara.

Malaysia hantar kontinjen keempat terbesar Sukan Para ASEAN 2020
Thailand menghantar kontinjen terbesar dengan 317 atlet diikuti juara bertahan, Indonesia (306) manakala tuan rumah, Filipina menyenaraikan 274 atlet.

Catur dalam senarai akhir 16 sukan pada Sukan Para ASEAN 2017
Sukan Para ASEAN kesembilan akan menampilkan 16 sukan, dengan catur secara rasmi tersenarai pada temasya sukan dwitahunan itu yang akan berlangsung dari 17 hingga 23 Sept, tahun depan.