KUALA LUMPUR: Beberapa atlet dalam skuad karate dilihat akan dilepaskan akibat prestasi kurang memberangsangkan, terutamanya pada Kejohanan Asia ke-17 dan Kejohanan Kadet, Remaja Asia ke-19 dan Kejohanan Bawah 21 di Almaty, Kazakhstan, bulan lepas.
Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) jelas kecewa dengan atlet karate negara yang hanya mampu membawa pulang satu gangsa dari Almaty menerusi lelaki B21 84 kilogram (kumite), dan akibatnya kemungkinan lima atau enam atlet mungkin akan digugurkan.
Makaf yang bergantung sepenuhnya kepada jurulatih tempatan, selepas tidak memperbaharui kontrak ketua jurulatih Ali Reza Souleymani dari Iran awal tahun lepas dan membawa bekas jurulatih Thailand dan juara dua kali Sukan Asia R.Puvaneswaran, juga mungkin mengugurkan beberapa jurulatih yang tidak menunjukkan prestasi baik, selepas mesyuarat jawatankuasa teknikal yang akan diadakan tidak lama lagi.
Setiausaha Agung Makaf Datuk Nur Azmi Ahmad berkata pihaknya melihat kemungkinan menggugurkan atlet tidak menunjukkan prestasi yang baik dan akan memfokuskan kepada program pembangunan, dengan mengambil lebih ramai atlet muda menerusi Terbuka Makaf bulan hadapan, sebelum Sukan SEA Hanoi pada Mei dan Sukan Asia pada September.
"Prestasi itu amat buruk, tidak baik untuk Makaf. Betul kita perlu melihat semua, lakukan postmortem, kami perlu lakukan sesuatu. Kami tidak boleh berikan alasan COVID-19 setiap kali, kerana semua negara hadapi masalah yang sama.
"Tiada gunanya mengekalkan atlet yang tidak menunjukkan prestasi baik lebih lama, jika mereka tidak menunjukkan prestasi untuk dua atau tiga tahun, baik gugurkan dan tumpukan kepada pembangunan. Kita mungkin mempunyai kira-kira 18 atlet dalam skuad utama dan 20-25 atlet dalam skuad pelapis untuk tumpukan kepada pembangunan, Makaf akan tanggung kos atlet tambahan," katanya kepada Bernama.
Ditanya mengenai kemungkinan Makaf akan menggunakan semula khidmat jurulatih asing, Nur Azmi menjelaskan perkara itu akan diputuskan oleh jawatankuasa teknikal, namun berkemungkinan mereka akan kekal menggunakan jurulatih tempatan sehingga Sukan Asia.
Semalam Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata senarai akhir atlet dalam program latihan kebangsaan hanya akan ditetapkan pada 24 Jan, kerana Makaf masih belum memberikan senarai 28 atlet termasuk pasukan pelapis.
Sementara itu, berkaitan pemotongan elaun atlet kebangsaan, Azmi berpandangan yang pemotongan itu terlalu besar dan berharap MSN akan memberikan situasi menang-menang.
"Kami tidak marah mereka potong elain disebabkan keadaan sekarang, tetapi jangan bunuh mereka dengan pemotongan yang terlalu besar, sehingga 50 peratus. Dengan kos kehidupan yang tinggi di KL, apa yang mereka boleh buat dengan RM800 (untuk pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA) sebulan? Mereka juga perlu tanggung keluarga mereka dan juga mempunyai komitmen lain seperti bulanan kenderaan.
"Dengan persatuan juga tidak menerima peruntukan mencukupi dari kerajaan, bagaimana kami dapat bantu atlet. Kami adalah juara keseluruhan tiga kali di Sukan SEA, kami harap MSN akan dapat melihat semula keputusan itu untuk solusi lebih baik," katanya.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail pada Rabu mengumumkan semakan semula elaun atlet kebangsaan berdasarkan kepada prestasi mereka sejak 2018, dengan pemenang pingat emas Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN akan menerima elaun RM2,000, manakala pemenang pingat perak dan gangsa menerima RM800.
Elaun latihan bagi atlet yang merangkul pingat Sukan Asia/Para Asia dan Sukan Komanwel pula, menyaksikan pemenang emas menerima kadar elaun RM4,500 diikuti RM4,000 (perak) dan RM3,500 (gangsa) manakala RM7,500 bakal menanti pemenang emas Sukan Olimpik/Paralimpik diikuti RM7,000 (perak) dan RM6,000 (gangsa).
Selain itu, atlet yang tidak mendapat pingat tetapi masih disenaraikan dalam program latihan MSN, bakal mendapat RM800 manakala atlet pelapis RM500.
Pada 2019, penyelarasan elaun menyaksikan pemenang pingat pada Sukan Olimpik/Paralimpik akan menerima RM7,500, diikuti atlet yang memenangi pingat di Sukan Asia/Para Asia menerima RM6,000, Sukan Komanwel menerima RM3,500 dan Sukan SEA/Para ASEAN pula RM2,000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022

Beberapa atlet dalam skuad karate dilihat akan dilepaskan akibat prestasi kurang memberangsangkan. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Pasangan kembar berusia 19 tahun itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.

Shamendran dilantik ketua jurulatih sementara skuad karate kebangsaan
Shamendran mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyandangnya, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy yang tamat kontrak pada hujung tahun ini.

Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.

AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya
Sureeya menumbangkan pencabar Thailand Calermpon Piwlaaiad 9-1 pada final dalam acara kumite bawah 60 kilogram (kg) lelaki.

Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.

MAKAF janji elaun bulanan jika atlet duduki ranking lima terbaik dunia
Langkah diambil bagi memberi tonik tambahan kepada atlet agar berusaha lebih gigih menampilkan prestasi cemerlang pada masa akan datang.

Karate pastikan akaun pingat Malaysia aktif
Kem karate negara menambah kutipan pingat kontinjen Malaysia pada penghujung temasya.

Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita
Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, hari ini.

Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16
Perjalanan pemenang pingat emas acara kumite 60 kilogram Sukan SEA Phnom Penh berakhir di pusingan 16 terbaik.

Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.