ATLET lempar cakera Lithuania, Mykolas Alekna berjaya memecahkan rekod dunia yang dipegang oleh Jurgen Schult selepas hampir 38 tahun dengan balingan sejauh 74.35 meter dalam Kejohanan Oklahoma Throws Series di Ramona semalam.
Balingan tersebut memastikan rekod dunia yang dilakar oleh Jurgen Schult pada tahun 1986 (74.08m) dipecahkan, iaitu 16 tahun sebelum Alekna dilahirkan.
Alekna turut mencatatkan kesemua enam balingan melepasi 70 meter.
Percubaan kelima merupakan balingan yang menjadi sejarah manis buat atlet berusia 21 tahun itu yang pada asalnya diukur sejaruh 74.41 meter sebelum disemak semula menjadi 74.35 meter.
Keluarga Alekna kini mempunyai dua daripada tiga pelempar cakera terbaik dalam sejarah dunia, dengan juara Olimpik dua kali, Virgilijus Alekna (bapa kepada Mykolas) di kedudukan ketiga eseluruhan menerusi catatan 73.88 meter pada tahun 2000.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Mon Apr 15 2024

Balingan Alekna memastikan rekod dunia yang dilakar oleh Jurgen Schult pada tahun 1986 (74.08m) dipecahkan. - Foto Akaun X World Athletics

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Atlet lempar cakera, Mykolas Alekna lebur rekod dunia selepas 38 tahun
Atlet lempar cakera Lithuania, Mykolas Alekna berjaya memecah rekod dunia yang dipegang oleh Jurgen Schult selepas hampir 38 tahun dengan balingan sejauh 74.35 meter.