Atlet Muay Thai muda Pulau Pinang, Muhammad Aliff Mohd Azizi, tidak menyangka penyertaan pertamanya pada Kejohanan Muay Thai Dunia ke-16 di Bangkok, Thailand, menjadi detik manis buat dirinya apabila berjaya merangkul dua pingat emas.
Atlet berusia 15 tahun itu berkata penyertaan sulungnya pada kejohanan berkenaan pada mulanya hanya bertujuan untuk menimba pengalaman bersaing dalam kejohanan bertaraf dunia melibatkan peserta dari 60 negara, dan pencapaiannya itu sesuatu di luar dugaan.
"Memang tidak sangka, namun berbekalkan semangat dan dorongan daripada keluarga, jurulatih dan pihak terlibat akhirnya kami berjaya sampai ke tahap ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, kepulangannya bersama atlet Muay Thai Pulau Pinang, Perlis, Perak dan Kedah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, disambut Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Abu Bakar Yahya, Exco Belia dan Sukan negeri Soon Lip Chee serta wakil persatuan Muay Thai negeri-negeri tersebut.
Muhammad Aliff yang bersaing dalam kategori kadet 45-48 kilogram itu, berkata cabaran dihadapinya sepanjang kejohanan bermula dari 12 hingga 20 Mac itu adalah keadaan fizikalnya jauh lebih kecil berbanding atlet negara lain yang lebih besar dan tinggi.
"Namun, sokongan diberikan ayah, Mohd Azizi Bakar yang juga pegawai pengiring, jurulatih Azrol Mohammad dan rakan-rakan sepasukan akhirnya saya dapat mengekalkan fokus dan terus positif sehingga berjaya," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, Butterworth itu.
Abang kepada Muhammad Aliff, Muhammad Adam Mohd Azizi, 17, turut membawa pulang satu pingat perak dalam kategori remaja 54-57 kilogram.
Sementara itu, Soon berkata kerajaan negeri kini dalam perbincangan dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk menempatkan pusat latihan Muay Thai di Titi Mukim (Butterworth) dalam masa terdekat.
"Dengan adanya fasiliti di pusat latihan yang lengkap ini, diharap dapat meningkatkan lagi semangat atlet Muay Thai untuk lebih fokus seterusnya mencipta kejayaan pada masa hadapan.
"Melalui kejayaan diperoleh ini juga diharap dapat membuka mata pelbagai pihak untuk sama-sama membantu meningkatkan pembangunan sukan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2019
![Atlet Muay Thai remaja negara rangkul dua emas kejohanan dunia pertamanya Atlet Muay Thai remaja negara rangkul dua emas kejohanan dunia pertamanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553091067_muaythai.jpg)
Muhammad Aliff Mohd Azizi (kiri), tidak menyangka penyertaan pertamanya pada Kejohanan Muay Thai Dunia ke-16 di Bangkok, Thailand, menjadi detik manis buat dirinya. - Foto media sosial
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI.
Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilan minggu depan
Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilan minggu depan berikutan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat.
![Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656843_TBNurAinNabila.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.
![Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656099_TBSydney.jpg)
Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Atlet Muay Thai remaja negara rangkul dua emas kejohanan dunia pertamanya Atlet Muay Thai remaja negara rangkul dua emas kejohanan dunia pertamanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553091067_muaythai.jpg)
Atlet Muay Thai remaja negara rangkul dua emas kejohanan dunia pertamanya
Atlet Muay Thai muda Pulau Pinang, Muhammad Aliff Mohd Azizi berjaya merangkul dua pingat emas pada Kejohanan Muay Thai Dunia ke-16 di Bangkok.