KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata atlet negara boleh berhubung terus dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapatkan bantuan kesihatan dan makanan.
Katanya mereka tidak perlu mendapatkan bantuan menerusi kempen #BenderaPutih untuk mengatasi masalah keperluan asas walaupun kempen itu bermatlamat baik.
Beliau yang ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di Bagan Serai, Perak, berkata setakat ini beliau belum dimaklumkan mengenai atlet yang menghadapi masalah.
Dalam pada itu, suri rumah Noni Umpik, 57, dari Kuching, Sarawak yang menghadapi kesukaran hidup sejak suaminya kehilangan punca pendapatan, menggunakan kempen bendera putih untuk mendapatkan bantuan keperluan asas daripada beberapa individu.
Keadaan mereka semakin sukar sehinggakan bayaran sewa rumah di Jalan Foochow turut tertunggak, namun pemilik rumah yang memahami keadaan membenarkan mereka terus tinggal di rumah yang telah diduduki sejak 13 tahun lalu.
Salmiza Yusoff, 36, dari Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan berkata suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji RM50 sehari, ‘curi-curi' memasang bendera putih pada waktu malam.
"Perasaan malu itu ada, namun tiada pilihan dan terpaksa berbuat demikian untuk mendapatkan bantuan daripada jiran dan masyarakat setempat," katanya.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor pula menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta menunaikan tanggungjawab sosial masing-masing dan turut sama membantu golongan yang terjejas.
"Wakil-wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula perlu memainkan peranan sebagai penghubung di antara golongan yang memerlukan bantuan dengan pihak yang boleh menyumbang kerana kemungkinan mereka yang terjejas tidak tahu cara atau kaedah untuk memohon bantuan daripada pihak tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata golongan yang terjejas juga boleh mendapatkan bantuan sedia ada yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri masing-masing, selain bantuan daripada badan pengurusan zakat negeri.
Semalam, peruntukan RM300,000 bagi program Bantuan Bakul Makanan untuk setiap ahli Parlimen menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), mula disalurkan kepada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021

Wan Ahmad Fayhsal (kiri) menyantuni penerima vaksin COVID-19, Chew Ah Ba, 76, (kanan) ketika lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, Bagan Serai, 1 Julai, 2021. --fotoBERNAMA

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

#BenderaPutih: Segera adu masalah kepada pihak berwajib - MB Perak
Menteri Besar Perak tegaskan, jentera bantuan di lapangan sudah digerakkan khusus membantu orang ramai yang memerlukan pertolongan.