MALANG (Indonesia): Kem taekwondo dan silat menceriakan kontinjen negara apabila masing-masing menjelmakan satu pingat emas pada hari kesembilan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 semalam.
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin dengan kutipan 7.735 mata keseluruhan menewaskan Vietnam (7.720) dan Singapura (7.7430) yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Nur Humaira ketika ditemui mengakui Vietnam merupakan pencabar utama kerana pasukan itu terkenal dengan fleksibiliti mereka, namun hasil kerja keras pasukannya, mereka mampu mengatasi lawan dengan mengurangkan kesilapan ketika persembahan.
Menurutnya dalam tempoh persediaan, mereka meneruskan jadual latihan seperti biasa meskipun tanpa kehadiran jurulatih yang bercuti selama tiga minggu kerana ibunya meninggal dunia.
"Vietnam popular dengan fleksibiliti tapi hasil latihan keras, kami tak lakukan kesalahan sehingga boleh menang, terbayar hasil kerja keras sebab kami pun ada yang tak sihat," katanya kepada pemberita selepas kejohanan yang berlangsung di Gedung Samantha Krida Universitas Brawijaya (UB) di sini semalam.
Sementara itu, skuad silat menjelmakan emas menerusi Maizal Mazli Mansor dan Muhammad Azri Farhan Mohamad Azli yang mengutip 9.940 mata untuk mengungguli acara silat seni kategori Ganda Putera, menumpaskan Indonesia dengan 9.900 mata dalam pusingan final sebentar tadi.
Muhammad Hafiez yang mewakili Malaysia dalam Tunggal Putera pula terpaksa akur dengan pingat perak dengan 9.895 mata di belakang atlet Indonesia, Amigos yang menyambar emas dengan catatan mata 9.950.
Malaysia turut memperoleh satu lagi pingat perak dalam acara Ganda Wanita menerusi Aisyah Umairah Mohd Rosbi dan Wan Nuraini Fakhira Wan Azli yang mencatat mata 9.880 diatasi pencabar tuan rumah Ismi Nurcahyani dan Alvi Rukmana dengan 9.950 mata.
-- BERMAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Gandingan Nur Humaira, Wong Zin dan Jing Ying butirkan emas buat kem taekwondo. - Foto BERNAMA
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.

Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.

AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya
Sureeya menumbangkan pencabar Thailand Calermpon Piwlaaiad 9-1 pada final dalam acara kumite bawah 60 kilogram (kg) lelaki.

AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.

AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.

AUG 2024: Olahraga butir tiga lagi emas
Umar Osman meraih emas dalam acara larian 400m lelaki mencatat masa 47.22s di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Surabaya.

AUG 2024: Kem olahraga jana emas lagi
Kem olahraga negara meneruskan momentum kilauan pingat emas dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Rabu.

AUG 2024: Tari Topeng Kaliwungu curi tumpuan di kolam renang
Tarian berkenaan berasal daripada masyarakat Madura yang berpindah ke Kabupaten Lumajang pada tahun 1940.

Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.

AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling
Pingat emas itu hadir menerusi Low Zheng Yong yang menampilkan renangan bertenaga dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.