JASIN: Jaguh angkat berat yang juga pemenang pingat emas Olimpik pertama Filipina Hidilyn Diaz, akan kembali menyambung latihannya di Kampung Kesang Tua di sini, bagi menghadapi kejohanan dunia di Uzbekistan, Disember depan.
Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Ahmad Janius Abdullah berkata atlet itu dijangka tiba pada pukul 11.15 pagi esok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menjalani kuarantin selama 14 hari di kediamannya.
"Kami sekeluarga akan sambut beliau dan terus ke Jasin. Hidilyn telah membuat permohonan secara dalam talian kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk terus kuarantin di rumah.
"Hidilyn memaklumkan kepada saya yang beliau rasa gembira pulang ke sini. Aura dan suasana kampung yang aman permai membuatkan beliau selesa, dan mahu terus menyambung latihan di tempat sama di rumah itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
BACA: Kesang Tua, asam pedas dan emas Olimpik: Hidilyn Diaz tak lupa jasa keluarga angkat
BACA: Skuad angkat berat kebangsaan dibubar - Presiden PABM
Beliau yang juga bapa angkat kepada atlet itu berkata garaj kereta yang diubah suai menjadi tempat latihan Hidilyn masih sama, tetapi dinaik taraf sedikit bagi keselesaan dan keselamatannya.
Beliau berkata sebelum ini ada beberapa pihak yang menawarkan untuk memindahkan tempat latihan yang lebih selesa kepada Hidilyn, namun atlet wanita berusia 30 tahun itu menolak secara baik kerana menyifatkan garaj itu lebih sesuai dengannya.
"Memang itu kehendaknya, beliau berkata pada saya, buat apa dia pergi tempat lain di situlah tempatnya berlatih dan menang pingat emas, kalau pindah tempat lain lebih baik dia pergi berlatih di Amerika Syarikat atau Bukit Jalil, banyak tempat beliau boleh pergi.
"Tetapi mungkin kampung ini lebih sentimental dan dekat dengan dirinya ,yang menghabiskan masa berlatih di situ sejak setahun lepas," katanya.
Sebelum ini nama Kampung Kesang Tua menjadi tumpuan selepas kemenangan atlet berusia 30 tahun di Temasya Olimpik Tokyo baru-baru ini, selepas Hidilyn dikatakan terkandas dan menjalani latihan di Malaysia sejak Januari tahun lepas, berikutan sekatan pergerakan akibat penularan COVID-19.
Kejayaaan wanita berasal dari Zamboanga City itu turut menjadi kebanggaan keluarga angkatnya di Kampung Kesang Tua, yang telah menghabiskan masa bersama atlet itu lebih setahun lalu selain berkesempatan menghantar Hidilyn dan pasukannya ke KLIA untuk berlepas ke temasya Olimpik Tokyo pada 18 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021

Kejayaaan wanita berasal dari Zamboanga City itu turut menjadi kebanggaan keluarga angkatnya di Kampung Kesang Tua, yang telah menghabiskan masa bersama atlet itu lebih setahun lalu. - Gambar fail/ Reuters

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.

Sukan SEA 2025: Atlet angkat berat berdepan cabaran kemungkinan perubahan kategori
Ini susulan mesyuarat IWF di Manama, Bahrain baru-baru ini yang memutuskan perubahan kategori bagi sukan berkenaan.

Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau tidak akan berhenti berusaha untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan angkat berat.

Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan
Muhammad Hafizuddin Roslin bagai tiada tandingan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) lelaki untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024.

Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.

Olimpik Paris 2024: Kalah dengan 1kg lebih mengecewakan - Mohamad Aniq
Mohamad Aniq terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, pada Rabu.

PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.

Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.

Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.

Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.