KUANTAN: Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi agak kecewa kerana gagal memperbaiki rekod acara 100 meter (m) miliknya walaupun muncul juara dengan catatan 10.43 saat (s) pada final Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024, di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini.
Azeem berkata dia bagaimanapun gembira kerana mencapai sasaran untuk mengekalkan gelaran sebagai pelari pecut nombor satu negara dan dapat bersaing dengan pelari pecut terpantas di Malaysia.
"Saya akui masih belum berjaya menghasilkan catatan masa memberangsangkan sejak Sukan Asia tahun lepas, namun tujuan utama saya di sini adalah berseronok tanpa meletakkan sebarang tekanan dan menggembirakan seluruh peminat yang hadir.
"Terdapat beberapa halangan untuk saya melakukannya, mungkin disebabkan rintangan angin ketika berlari tadi dan tubuh saya juga belum pulih 100 peratus selepas melalui perjalanan jauh dari Amerika Syarikat ke sini," katanya kepada pemberita sejurus menamatkan acara larian itu.
Pada acara itu, atlet ATM Jonathan Nyepa menduduki tempat kedua dengan catatan 10.54s manakala tempat ketiga diraih Muhammad Efrain Feerzan Khan dari Pahang dengan masa 10.61s.
Atlet berusia 20 tahun dari Teluk Intan, Perak itu berkata selepas menyertai kejohanan ini, dia percaya dirinya berupaya untuk melakar sesuatu apabila tampil pada Terbuka Kazakhstan minggu hadapan.
"Saya menyimpan impian menjadi atlet pertama negara yang berjaya mencatat masa di bawah 10 saat, ia tidak mustahil dilakukan apabila saya membuat persiapan rapi termasuk mendapatkan rehat secukupnya.
"Saya juga masih muda dan amat berharap semua pihak memberikan masa dua atau tiga tahun lagi untuk saya berada di kemuncak prestasi," katanya.
Sebagai rekod, Azeem merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s dan catatan terbaiknya musim ini ialah 10.24s ketika beraksi pada Kejohanan Olahraga Jemputan LSU di Los Angeles pada 27 April lepas.
Sementara itu, bagi final 100m wanita, Zaidatul Husniah dari ATM dinobatkan johan dengan catatan masa 11.79s, diikuti atlet Selangor Nur Afrina Batrisyia Moha di kedudukan kedua (11.87s) dan di tempat ketiga, Azreen Nabila Alias dari Terengganu dengan catatan 12.21s.
Kejohanan tahunan selama tiga hari itu menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar seperti Australia dan Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024

Azeem berkata dia bagaimanapun gembira kerana mencapai sasaran untuk mengekalkan gelaran sebagai pelari pecut nombor satu negara dan dapat bersaing dengan pelari pecut terpantas di Malaysia. - Gambar fail/Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Azeem Fahmi inginkan satu lagi rekod kebangsaan
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) berkeyakinan untuk melakar kejayaan lebih besar musim ini.

World Athletics tidak iktiraf rekod 100m Zaidatul Husniah?
Terdahulu, Zaidatul Husniah memadam rekod catatan masa 11.50 saat milik Shanti, yang dilakukannya pada 1993 di Kuala Lumpur sebelum ini.

Kekalahan Olimpik Tokyo titik perubahan buat raja pecut Paris Lyles
Pingat emas itu menjadikan Lyles sebagai pelari AS pertama yang memenangi acara berkenaan sejak kejayaan Justin Gatlin pada 2004.

Olimpik Paris 2024: Rusia kritik larangan atlet berhijab dalam upacara pembukaan
Larangan yang dikenakan terhadap pelari pecut Perancis, Sounkamba Sylla disifatkan sebagai tindakan pengasingan yang ketara.

Antara pengharapan dua permata olahraga negara dan dilema KOM
Hanya seorang daripada dua atlet yang berpangkalan di AS itu akan meraih debut Olimpik di Paris 2024 menerusi tiket wild card.

Azeem bangga dalam kecewa
Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi agak kecewa kerana gagal memperbaiki rekod acara 100 meter (m) miliknya walaupun muncul juara final Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024.

Mohd Poad cabar pelari pecut muda tonjol potensi di Sukma 2024
Jurulatih pecut negara Mohd Poad Md Kassim melontarkan cabaran kepada atlet-atlet baharu supaya menonjolkan potensi dengan melakukan kejutan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak.

Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.

Azeem dipilih penerima Anugerah Khas 100PLUS
Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022.

Muhammad Azeem dibenarkan pulang jalani latihan pusat di Malaysia
Muhammad Azeem akan kembali dalam masa terdekat dan turut menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai.