SEPANG: Jaguh lari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi pasrah sekiranya tidak diberikan tiket wild card untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada bulan hadapan.
Menurut anak jati Perak itu, dengan usianya yang masih muda, kini berumur 20 tahun, beliau berpandangan perjalanan kariernya masih jauh dan akan terus berusaha mengejar impiannya untuk beraksi pada edisi 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
"Andai kata saya tidak terpilih ke Olimpik Paris walaupun menggunakan tiket wildcard, saya sedikitpun tidak akan rasa terkilan atau kecewa kerana bagi saya mana-mana pihak yang buat keputusan itu merupakan pilihan yang terbaik.
"Apa-apa keputusan saya akan terima dengan hati yang terbuka. Jika saya tidak ada peluang bertanding di Olimpik Paris pada tahun ini, sudah pasti sasaran saya adalah LA2028.
"Pada waktu itu saya sudah berusia 24 tahun, insya-Allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk berlari. Jadi pada umur tersebut, saya akan berada pada tahap terbaik," katanya ketika ditemui di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disini hari ini.
Sebelum ini, Azeem terlepas tiket untuk layak secara merit, baik menerusi had kelayakan mahupun kedudukan ranking apabila gagal menjuarai acara 100m lelaki di Terbuka Kazakhstan di Almaty pada Sabtu.
Pada kejohanan itu, beliau menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan catatan masa10.37 saat (s) di belakang pemenang emas, Puripol Boonson dari Thailand 10.23s dan Kayhan Ozer dari Turkiye 10.25s.
Dalam pada itu, Azeem ketika ditanya berkenaan perancangannya jika gagal mendapatkan tiket 'wild card' beraksi di temasya berprestij itu, beliau berkata fokusnya akan tertumpu kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak Ogos depan.
Menurut pemegang rekod kebangsaan acara 100 m itu, beliau tidak kisah sekiranya dilabel sebagai 'jaguh kampung' memandangkan niatnya adalah untuk membalas budi jasa buat negeri kelahirannya yang banyak membantu dalam perkembangan kariernya.
"Jika anda tanya saya, saya mahu bantu Perak, kerana MSN Perak banyak bantu saya sejak saya kecil lagi. Walaupun ketika itu saya berusia 14 tahun, MSN negeri banyak bantu saya dan berikan saya bantuan dari segi peralatan latihan, tempat penginapan, seperti SUKMA sebelum ini di KL dan Perak.
"Ini adalah kisah budak Teluk Intan yang mempunyai impian besar. Jika ada peluang mewakili Perak di SUKMA, saya akan lakukan terbaik. Misi utama adalah untuk memburu dua pingat emas dalam acara 100m dan 200m," katanya yang akan beraksi di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Malang dan Surabaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024
![Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024 Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719301365_JaguhPecutNegara.jpg)
Muhammad Azeem ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto Bernama
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Azeem lebur rekod kebangsaan 60m di Amerika Syarikat Azeem lebur rekod kebangsaan 60m di Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739616584_MuhdAzeemFahmi.jpg)
Azeem lebur rekod kebangsaan 60m di Amerika Syarikat
Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di Amerika Syarikat.
!['Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier 'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722227830_MuhammadAzeemFahmi.jpg)
'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier
Atlet berusia 20 tahun dari Perak itu memaklumkan semua perkara berjalan lancar.
![Olimpik Paris: Muhammad Azeem berdepan sesi latihan agresif Olimpik Paris: Muhammad Azeem berdepan sesi latihan agresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720679307_MohdHamidinMohdAm.jpg)
Olimpik Paris: Muhammad Azeem berdepan sesi latihan agresif
Muhammad Azeem bakal berdepan sesi latihan yang agresif menjelang Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirainya 26 Julai ini.
![KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024 KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719133010_tbpelaripecutnegar.jpg)
KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.
![Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024 Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719301365_JaguhPecutNegara.jpg)
Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024
Muhammad Azeem pasrah sekiranya tidak diberikan tiket wild card untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
![Kejohanan Olahraga Tiger Klasik: Azeem rekod masa terpantas 2024 Kejohanan Olahraga Tiger Klasik: Azeem rekod masa terpantas 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61696084474_SukanAsiaHangzhou.jpg)
Kejohanan Olahraga Tiger Klasik: Azeem rekod masa terpantas 2024
Muhammad Azeem merekodkan prestasi terbaiknya musim ini apabila merakamkan 10.31 saat dalam acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Klasik, di Taiwan.
![NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713066972_azeemfahmi.jpg)
NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m
Kuartet Azeem merakamkan masa terpantas 38.64 saat untuk menggondol tempat pertama acara 4x100m Kejohanan Trek dan Padang, NCAA di Florida.
![Azeem sambar emas, gangsa di Georgia Azeem sambar emas, gangsa di Georgia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710643616_TBMuhammadAzeem.jpg)
Azeem sambar emas, gangsa di Georgia
Muhammad Azeem mulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.
![Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676083468_TBAZEEM.jpg)
Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini.
![Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696422535_SukanNegara.jpg)
Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.