KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong tersenarai sebagai calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021.
Kedua-dua ikon sukan negara itu dijangka berdepan saingan sengit daripada atlet lain yang turut disenarai pendek pada ASN yang akan berlangsung pada 31 Jan ini di Dewan Banquet Majlis Sukan Negara (MSN) dan dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi kategori Olahragawan Kebangsaan, Azizulhasni, yang diberi julukan 'The Pocket Rocketman' akan berhadapan saingan daripada juara dunia badminton yang juga beregu lelaki nombor satu tanah air, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman (permotoran).
Sementara, Pandelela akan dicabar dua pemain skuasy, Rachel Arnold dan Aifa Azman, Meilaura Dora Jimmy (bina badan) dan Nur Amisha Azrilrizal (Muaythai) bagi kategori Olahragawati Kebangsaan.
Atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin pula mengetuai pencalonan Olahragawan Paralimpik Kebangsaan, diikuti Datuk Abdul Latif Romly (para olahraga), Cheah Liek Hou (para badminton), Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).
Kategori Olahragawati Paralimpik Kebangsaan pula menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin (para olahraga), Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (para berbasikal) dan Brenda Anellia Larry (para renang).
MSN dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon yang disenarai pendek adalah berdasarkan pencapaian cemerlang atlet negara di pentas antarabangsa sepanjang 2021.
"Jawatankuasa Pemilihan MSN dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Ramona Mohd Razali, menerima 49 pencalonan untuk 11 kategori daripada persatuan sukan kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Bahagian Atlet dan Paralimpik MSN serta Urusetia ASN 2021," menurut kenyataan itu.
Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, masing-masing akan menerima sebuah piala, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000.
ASN turut menawarkan tujuh anugerah lain iaitu Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.
Anugerah berprestij yang mula diperkenalkan sejak 1966 itu adalah pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.
Azizulhasni berjaya meraih gelaran Olahragawan Kebangsaan ASN bagi edisi 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020 manakala Pandelela pernah dianugerahkan Olahragawati Kebangsaan pada 2013 dan 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong tersenarai sebagai calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021. - Gambar fail

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.

PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.

Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.

Azizulhasni gagal dalam misi raih podium Kejohanan Berbasikal Trek Dunia
Laluan Azizulhasni tersekat selepas beliau menamatkan aksi saringan pertama pusingan separuh akhir di kedudukan keempat.

Azizulhasni diyakini mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dilihat mampu melakar sejarah untuk menamatkan penantian pingat emas negara di Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni, Pandelela calon Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan
Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong tersenarai sebagai calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021.

Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni
Gadis berusia 19 tahun itu berkata menjuarai Kejohanan Dunia dan memenangi pingat di Sukan Olimpik adalah pencapaian yang disasarkan dalam kariernya.

Mohd Azizulhasni rancang bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024
Ia akan menjadi penampilan kelimanya di pentas temasya sukan berprestij itu.

Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo
Azizulhasni telah menerima suntikan dos pertama di Australia baru-baru ini manakala Muhammad Shah Firdaus masih belum disuntik sehingga kini.

KBS sedia bantu Azizulhasni, Shah Firdaus dapatkan suntikan vaksin di Australia
Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu menguruskan proses suntikan vaksin kepada jaguh berbasikal kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kini berada di Australia.