KUALA LUMPUR: Pelajaran tetap menjadi keutamaan atlet pecut muda wanita negara Azreen Nabila Alias dalam kesibukannya membuat persediaan rapi menjelang Sukan Olimpik Tokyo bulan ini, yang turut menjadi penampilan sulungnya di temasya berprestij itu.
Tatkala fokus atlet lain sudah tertumpu kepada Sukan Olimpik, Azreen Nabila, 21, yang mendapat tiket "wild card" ke Tokyo, kini gigih membahagikan masa antara pelajaran dan sesi latihan apabila bakal menduduki peperiksaan akhir semester kedua bermula 11 hingga 21 Julai ini.
Situasi tersebut menjadikan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi itu lebih kreatif dalam memanfaatkan sepenuhnya masa 24 jam sehari bagi mentelaah kesemua enam mata pelajaran dan mencapai objektif sesi latihan.
Namun, jadual harian padat yang dilalui tidak dianggap sebagai bebanan, malah beliau yang akan bertanding dalam acara 100 meter (m) pecut wanita di Tokyo turut enggan meletakkan sebarang tekanan tidak perlu untuk memastikannya berada pada tahap terbaik untuk beraksi di negara matahari terbit.
"Sekarang sangat sibuk sebab peperiksaan akhir semakin hampir, dalam sehari saya perlu berlatih dan menghadiri kelas. Tetapi itu tidak menjejaskan persiapan ke Tokyo kerana saya sentiasa berikan tumpuan sepenuhnya dalam sesi latihan," katanya kepada Bernama.
"...dan ketika ini saya juga tidak mahu terlalu memikirkan pasal pertandingan (Olimpik), apabila saya terlalu fikirkan ia akan memberi tekanan kepada diri sendiri," kata beliau yang dijadual berlepas ke Tokyo pada 25 Julai.
Atlet dengan rekod peribadi terbaik 11.81 saat (s) yang dilakukannya di Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak itu layak ke Tokyo selepas menjadi atlet pilihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang diberikan satu slot "wild card".
Catatan terbaik Azreen Nabila musim ini adalah 12.00s yang dilakukan pada April lepas, selepas mencipta kejutan menewaskan nama besar antaranya S. Komalam Shally dari Perak dan atlet Johor Siti Fatimah Mohamad untuk merangkul emas 100m pecut Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia.
Berdasarkan catatan dilakarnya dan kekurangan kejohanan kompetitif di samping impak pandemik COVID-19, Azreen Nabila mengakui beliau perlu berpijak di bumi nyata apabila bakal bersaing dengan barisan jaguh dunia, selain perlu mempunyai sasaran realistik di Tokyo.
"Pecah rekod kebangsaan?. Saya hanya mahu buat yang terbaik. Sasaran utama saya bersama jurulatih adalah memperbaiki catatan peribadi, saya memang berhasrat nak perbaharui rekod 11.81s sebelum ini," katanya yang dinobatkan sebagai Olahragawati Sukma 2018.
Rekod kebangsaan 100m pecut wanita berusia 28 tahun dipegang bekas ratu pecut negara G. Shanti dengan catatan masa 11.50s yang dicipta pada Pra-Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1993.
Sementara itu, Azreen Nabila yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik menyasarkan untuk menurunkan berat badan sebanyak tiga kilogram (kg) sebelum berlepas untuk membantunya mencapai prestasi puncak di Tokyo.
Dengan masa semakin suntuk, beliau yang mempunyai berat badan 54kg berharap dapat mencapai berat badan ideal melalui kaedah mengurangkan pengambilan kuantiti makanan yang telah diamalkannya sejak terpilih ke Tokyo.
"Saya tidak boleh gandakan latihan atau membuat sesuatu di luar program kerana ia boleh menggugat persiapan sehingga mendatangkan kecederaan. Saya lihat dengan cara mengawal pemakanan sahaja dapat turunkan berat badan," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengakui terkejut namanya terpilih mengisi slot "wild card" ke Sukan Olimpik Tokyo, namun melihat itu sebagai rezeki serta berkat doa ibu dan arwah bapanya yang merupakan individu terpenting sepanjang beliau bergelar atlet.
Malah, Azreen Nabila mengakui keputusannya melanjutkan pelajaran di peringkat prauniversiti di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) suatu ketika dahulu sebagai memenuhi kehendak arwah bapanya yang mahu beliau mendapat akses terbaik dalam kariernya.
"Saya tidak menyesal ikut permintaan ibu dan arwah ayah, sebab dengan kata-kata mereka selama ini lah yang bawa saya sampai ke tahap sekarang, boleh beraksi di Olimpik. Kalau saya tidak tunaikan permintaan mereka mungkin saya tidak berada di sini," katanya.
Berikut adalah profil Azreen Nabila:
Nama penuh: Azreen Nabila Alias
Tarikh lahir: 29 Jun 2000 (21 tahun)
Tempat lahir: Hospital Kuala Terengganu
Hobi: Mendengar lagu dan menonton filem
Cita-cita: Ahli perniagaan
Keluarga: Anak ketujuh daripada lapan beradik (lima kakak, seorang abang dan adik lelaki seorang)
Catatan masa terbaik: 11.81 saat
Jenama kasut: Asics
Idola: Allyson Felix (Amerika Syarikat)
Penampilan antarabangsa: Sukan SEA 2019 di Filipina
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021

Azreen Nabila mengakui terkejut namanya terpilih mengisi slot "wild card" ke Sukan Olimpik Tokyo, namun melihat itu sebagai rezeki serta berkat doa ibu dan arwah bapanya. - Bernama

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.

Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.

Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.