Kejayaan memenangi tiga trofi pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017) membakar semangat pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar untuk memburu lebih banyak trofi bersama skuad Lang Merah pada saingan Liga Malaysia 2018.
Anak jati Sungai Petani itu menjelaskan beliau tidak menyangka dapat meraih anugerah Pemain Paling Bernilai, Penjaring Terbanyak (Tempatan) Liga Super selain Pemain Tengah Terbaik pada ABK 2017 kerana mengakui terdapat calon lain yang turut layak untuk menerima anugerah berkenaan.
"Pencapaian pada malam ini adalah hasil kerjasama rakan sepasukan serta penyokong di tanah air serta di Kedah yang sentiasa memberi sokongan padu kepada saya untuk membuatkan kami beraksi lebih cemerlang.
"Saya sebenarnya tidak menyangka dapat meraih tiga anugerah ini dan saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T di atas anugerah ini dan saya akui memang amat idamkan anugerah Pemain Paling Bernilai," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis anugerah berkenaan, di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bersedia untuk memikul tugas selaku kapten baharu skuad Lang Merah selepas Khairul Helmi Johari menyatakan hasrat untuk melepaskan tugas berkenaan, baru-baru ini.
"Saya menyerahkan kepada rakan sepasukan untuk memilih kapten pasukan Kedah yang baharu namun saya mengharapkan Khairul Helmi dapat memakai lilitan kapten untuk satu musim lagi kerana kami masih percaya dengan kemampuan beliau untuk memimpin pasukan Kedah," kata Baddrol yang sudah 11 musim menabur bakti bersama negeri kelahirannya dalam saingan Liga Malaysia.
Berkongsi pandangan sama ialah pemain import Kedah, Liridon Krasniqi yang mahu melakar lebih banyak kejayaan bersama-sama pasukan Lang Merah selepas memenangi Anugerah Pemain Import Terbaik serta Anugerah Pemain Paling Popular untuk dua tahun berturut-turut.
"Saya amat gembira atas kejayaan memenangi dua anugerah yang turut menaikkan keyakinan saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong Kedah yang sentiasa bersama-sama pasukan dalam apa juga keadaan sama ada gembira atau duka," kata pemain tengah dan penyerang kelahiran Kosovo itu.
Lebih manis lagi, Kedah yang muncul juara Piala FA musim ini turut memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik menerusi Ifwat Akmal Chek Kassim, Anugerah Kelab Penyokong Terbaik dan juga Pasukan Bola Sepak Terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2017

Baddrol Bakhtiar bergambar bersama tiga trofi yang dimenanginya pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 malam tadi. - Gambar fail
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Baddrol idam lebih banyak trofi bersama Kedah musim depan
Beliau tidak menyangka dapat meraih anugerah Pemain Paling Bernilai, Penjaring Terbanyak (Tempatan) Liga Super selain Pemain Tengah Terbaik pada ABK 2017.