YOUTUBER sensasi dari Amerika Syarikat, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, dilaporkan bakal bertarung dengan bekas atlet UFC, Ben Askren pada April depan.
Paul, yang sering mencetuskan kontroversi menerusi kandungan-kandungan videonya, memuat naik poster promosi pertarungan itu di akaun Twitternya beserta kapsyen, “It’s official. April 17th. @triller Fight Club.”
Menurut wartawan, Ariel Helwani, perlawanan tinju itu akan diadakan pada 17 April, 2021 di Triller Fight Club dan akan menjadi pertarungan utama dalam acara tersebut.
Paul, ketka ditemu bual Helwani dalam rancangan The MMA Show, yakin dapat menewaskan Askren dalam masa yang singkat — lebih singkat daripada kemenangan KO Jorge Masvidal ke atas Askren, iaitu 5 saat.
BACA: KO 5 saat: 'Lutut terbang' memang strategi Masvidal buat Askren
BACA: Bekas juara ONE Championship, Ben Asken tewas dalam 5 saat
"Saya mula bertinju dua tahun lalu dan saya masih (merasakan) dapat menumpaskan Askren lebih cepat daripada (Jorge) Masvidal.
”Orang-orang MMA ini fikir… hanya kerana mereka boleh tumbuk, mereka mahir bertinju.
“Ramai yang bising kerana (pertarungan sebelum ini) saya hanya menewaskan pemain bola keranjang dan bukan petarung sebenar. Jadi, sekarang saya nak berikan apa yang mereka mahu, iaitu berlawan dengan ‘petarung sebenar’,” kata personaliti berusia 24 tahun itu.
Paul merupakan seorang selebriti media sosial, pelakon dan juga petinju yang baru sahaja bertukar status kepada profesional tahun ini.
BACA: Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula
Dia telah memenangi dua pertarungan profesional dan satu pertarungan peringkat amatur.
Dia juga merupakan adik kepada seorang lagi pelakon dan YouTuber terkenal, Logan Paul.
Sementara itu, Askren, 32, dalam reaksinya berkata dia langsung tidak bimbang dengan perlawanan tersebut kerana Paul adalah seorang YouTuber dan bukan petinju sebenar.
“Bukannya saya nak lawan Mike Tyson, ataupun Roy Jones Jr. Jika mereka berdua, sudaah tentu saya akan risau, saya akan gementar.
“Saya pernah melangkah masuk ke gelanggang untuk berdepan ‘pembunuh’ yang dilatih — mereka yang cari makan dengan berlawan.
“Tanggapan bahawa lelaki ini (Paul) mahir bertinju, cuma khayalan sahaja,” kata bekas juara dunia Bellator MMA dan ONE Championship itu.
Askren terkenal dengan kemahiran gustinya selain mempunyai rekod profesional dalam sukan seni bela diri campuran (MMA) sebanyak 20 kemenangan dan dua kekalahan (20 - 2).
Dia juga pernah menjadi juara kebangsaan Divisyen I NCAA serta pernah mewakili Amerika Syarikat dalam Sukan Olimpik di Bejing pada 2008.
Haider Yutim
Wed Jan 27 2021

Jake Paul bakal bertarung dengan bekas atlet UFC, Ben Askren pada April depan. - Foto Twitter/@triller
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Pertarungan Mike Tyson-Jake Paul peroleh lebih 60 juta tontonan secara langsung!
Acara itu mendominasi media sosial dan memecahkan pelbagai rekod sebagai acara yang paling banyak ditonton secara penstriman langsung.

Selepas 8 pusingan, Mike Tyson tewas di tangan Jake Paul
Bekas juara dunia Mike Tyson kecundang di tangan Jake Paul dalam aksi tinju yang berlangsung di Stadium AT&T, Texas, sebentar tadi.

Tidak sabar bertinju, Mike Tyson tampar muka Jake Paul!
Mike Tyson tidak sabar untuk memakai sarung tangan tinju apabila menampar lawannya, Jake Paul sebelum perlawanan sebenar berlangsung pagi esok.

KO pusingan pertama, Jake Paul tumbangkan bekas petarung UFC Ben Askren
Jake Paul mengejutkan dunia sukan tempur apabila menewaskan bekas jaguh MMA, Ben Askren dalam perlawanan tinju, pada Ahad.

Bakal cabar Ben Asken, impian YouTuber Jake Paul lawan petarung UFC jadi kenyataan
YouTuber sensasi dari Amerika Syarikat, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, dilaporkan bakal bertarung dengan bekas atlet UFC, Ben Askren pada April depan.

Terdesak inginkan perhatian, Jake Paul 'serang' rakan sepasukan Conor McGregor
YouTuber, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, baru-baru ini melakukan satu lagi aksi yang mengundang kontroversi.

Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula
YouTuber terkenal Jake Paul kini mengemukakan cabaran kepada bintang UFC, Conor McGregor.