KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mahu memberi tekanan kepada juara All England 2021 Lee Zii Jia dengan menyasarkannya sebagai sandaran pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata sasaran awal BAM adalah mempersiapkan Zii Jia bersama barisan pemain muda lain untuk sedia menyahut cabaran menyumbang emas buat negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
"Apabila kita lihat peningkatan Zii Jia ini, sudah semestinya kita mahukan beliau berusaha bersungguh-sungguh selepas ini, dan sekurang-kurangnya cuba mendapatkan pingat di Tokyo nanti.
"Kita tidak mahu letak tekanan kepada beliau tetapi saya rasa setiap pemain mempunyai impian untuk meraih emas atau pingat lain di Sukan Olimpik terutamanya di Tokyo," katanya dalam program Podium 360 bersama Hilmy Ashley yang disiarkan di Bernama TV.
Pemain yang menghuni kedudukan kelapan dunia itu, muncul juara All England selepas menewaskan juara bertahan Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-9.
Mohamad Norza berkata Zii Jia mempunyai karakter istimewa dan beliau kagum dengan semangat juang tinggi dimiliki dalam usaha pemain berkenaan menutup mulut pengkritik susulan prestasi hambar pada permulaan 2021, dengan menjuarai kejohanan badminton tertua dunia di Utilita Arena, Birmingham itu, Ahad lepas.
Menurut beliau, kritikan berterusan dihadapi pemain boleh membunuh kerjaya mereka namun tidak bagi pemain berusia 22 tahun dari Kedah itu apabila beliau mengambilnya sebagai iktibar dan cabaran untuk memajukan diri dalam sukan berkenaan.
Sementara itu, Mohamad Norza yakin pemain perseorangan wanita negara S. Kisona mampu bangkit selepas menampilkan prestasi kurang memuaskan apabila tewas mudah kepada pemain Thailand Busanan Ongbamrungphan 21-6, 21-7 pada pusingan pertama Kejuaraan All England 2021.
Selain itu, beliau yakin seorang lagi pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei yang sebelum ini bergelut dengan kecederaan mampu menyinar apabila kembali beraksi di kejohanan badminton Orleans Masters 2021 di Perancis minggu ini.
"Kita mahu barisan pemain berada di peringkat tertinggi dunia dan diharapkan agar kejayaan Zii Jia pada All England 2021 baru-baru ini mampu diikuti pemain lain dalam usaha mengekalkan Malaysia antara kuasa besar badminton di peringkat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021

Zii Jia muncul juara All England selepas menewaskan juara bertahan Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-9. - Gambar fail/ Twitter BAM

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.