BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Astro Arena
Sat Nov 23 2024
Jonassen akan bekerjasama rapat dengan Rexy Mainaky untuk merangka pelan pembangunan jangka panjang untuk program perseorangan Malaysia. - Foto BAM
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Berikutan pencarian yang meluas, BAM telah mendapatkan khidmat Jonassen, seorang tokoh yang sangat dihormati dalam badminton antarabangsa.
Bekas pemain Denmark berusia 50 tahun itu mempunyai rekod prestasi yang terbukti, telah memainkan peranan penting dalam membentuk legasi badminton Denmark selama 13 tahun sebagai jurulatih.
Sebelum ini, beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih untuk England.
Jonassen, bekas pemain nombor dua dunia dalam perseorangan lelaki, memenangi gelaran berprestij seperti Terbuka Jerman, Korea, Belanda dan Singapura semasa karier bermainnya.
OFFICIAL: BAM Appoint New National Singles Head Coach
Badminton Association of Malaysia (BAM) is pleased to announce the appointment of Denmark's Kenneth Jonassen as the new national singles head coach.
Sebagai sebahagian daripada peranannya, Jonassen akan bekerjasama rapat dengan Rexy Mainaky untuk merangka pelan pembangunan jangka panjang untuk program perseorangan Malaysia.
Jonassen secara rasmi akan memulakan perkhidmatannya dengan BAM pada 4 Januari 2025 di bawah kontrak empat tahun. -- Stadium Astro