PENOLONG jurulatih Liverpool, Pep Lijnders, menegaskan The Reds berhak diberikan pujian atas kesungguhan mereka dalam keadaan mencabar ketika seri 2-2 dengan Chelsea, awal pagi tadi.
Pelawat terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata selepas pertemuan menghiburkan di Stamford Bridge itu biarpun membenarkan tuan rumah memadam defisit kelebihan 2-0 sebelum dalam separuh masa pertama.
Lijnders mengambil alih tugas di tepi padang itu tanpa kehadiran pengurus, Jurgen Klopp, yang disahkan positif COVID-19 semalam.
Liverpool makin tempang untuk menghadapi pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu apabila Alisson, Roberto Firmino dan Joel Matip turut terlepas kunjungan ke London atas sebab yang sama sementara Andrew Robertson menjalani penggantungan.
Sementara itu, Mohamed Salah dan Sadio Mane -- yang kedua-duanya muncul selaku penjaring buat -- terlibat dalam perlawanan terakhir mereka itu sebelum menyertai Mesir dan Senegal dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Sehubungan itu, Lijnders memuji perwatakan yang ditunjukkan oleh barisan pemainnya.
"Kami tidak pernah membosankan. Wujud ketekalan yang luar biasa daripada kedua-dua pasukan sejak awal permainan lagi," katanya kepada Sky Sports.
"Kami ingin lebih menguasai perlawanan. Kami melancarkan banyak serangan balas yang bagus cuma hantaran terakhir sahaja yang kurang.
"Secara keseluruhannya, untuk orang ramai ia pastinya satu perlawanan yang sukar dipercayai. Dengan situasi yang kami hadapi, ia merupakan satu pujian yang besar terhadap pasukan. Kami boleh mencipta banyak alasan untuk hari ini, tetapi pemain saya berjuang dengan sepenuh hati.
"Kami mahu menghampiri setiap aksi seperti perlawanan akhir. Dalam setiap perlawanan, baik sesiapa sahaja yang menyarung jersi mahupun di bangku simpanan, kami menunjukkan perwatakan seperti ini."
Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson, turut bersependapat bahawa rakan sepasukannya patut berbangga atas usaha mereka ketika berdepan The Blues.
"Chelsea adalah pasukan yang bagus dan kami mencurahkan segala-galanya," katanya kepada Match of the Day.
“Pemain menunjukkan semangat ketika bertahan dan hampir mendapat ganjarannya di penghujung serangan balas."
Astro Arena
Mon Jan 03 2022

Pemain Chelsea Mason Mount mengambil sepakan percuma ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Liverpool di Stamford Bridge, London, 2 Dis 2022. (Foto AP)
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot
Arne Slot berasakan emosinya lebih baik sejurus dilayangkan kad merah selepas seri 2-2 dengan Everton.

EPL: Salam pengadil punca Slot dilayang kad merah
Pengurus Liverpool, Arne Slot, merupakan salah seorang daripada empat individu yang dibuang padang dalam penamat liar pertembungan 'derby' Merseyside Goodison Park.

EPL: Virgil van Dijk label pengadil berat sebelah
Salah memberikan Liverpool gol pendahuluan dalam separuh masa kedua sementara Alexis Mac Allister menutup aksi 45 minit awal permainan.

Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.

Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.

Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.

EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.

UCL: Liverpool suka dalam duka
Skuad kendalian Arne Slot hanya memerlukan satu mata untuk menamatkan saingan di puncak carta liga, dengan keputusan seri 2-2 Barcelona berdepan Atalanta.

Liverpool mara pusingan kalah mati Liga Juara-Juara
Jaringan pemain sensasi The Reds, Mohamed Salah (m-34) dan pemain gantian Harvey Elliott (m-64) memadamkan gol Jonathan David (m-62).