PEMAIN badminton negara diingatkan supaya tidak mengambil mudah cabaran saingan Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2022, walaupun beberapa negara dijangka menghantar pasukan kedua masing-masing.
Menurut Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, para pemain diingatkan untuk fokus dan memberikan aksi terbaik dalam mengharungi kejuaraan itu bagi menjamin sasaran layak secara automatik ke Piala Thomas dan Uber 2022 pada Mei depan menjadi realiti.
“Pemain negara diharap tidak mengambil mudah BATC kali ini walaupun beberapa pasukan dikhabarkan akan menurunkan pasukan kedua masing-masing.
“Untuk BATC kali ini, memanglah kita berniat menampilkan para pemain muda untuk mereka mendapatkan pengalaman beraksi, tetapi kita juga akan tengok situasi sebelum membuat keputusan untuk menurunkan pemain.
“Ini kerana, kita mahu tengok apakah pemain, akan dapat membantu kita untuk mencapai sasaran ditetapkan lebih awal iaitu untuk mara ke separuh akhir dan layak secara automatik ke Piala Thomas dan Uber 2022,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Untuk rekod, empat pasukan yang mara ke separuh akhir Kejohanan BATC 2022 di Pusat Konvensyen Setia, Shah Alam mulai 15 hingga 20 Februari ini, layak secara automatik ke Piala Thomas dan Uber 2022 di Bangkok mulai 8 hingga 15 Mei 2022.
Pada BATC 2020 edisi Filipina sebelum ini, skuad lelaki negara sekadar berpuas hati muncul naib juara setelah tewas 1-3 kepada Indonesia manakala skuad wanita pula tunduk 0-3 kepada Jepun pada separuh akhir.
Untuk BATC 2022, skuad negara diketuai, Lee Zii Jia selaku pemain perseorangan utama selain dibantu lima lagi pemain - Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao, Lim Chong King dan pemain muda, Jacky Kok Jing Hong.
Gandingan pemenang pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula mengetuai beregu lelaki dengan dibantu gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
Skuad wanita pula diketuai Eoon Qi Xuan, S Kisona, Tan Zhing Yi, Siti Nurshuhaini Azman, Myisha Mohd Khairul bagi kategori perseorangan, manakala beregu diwakili Pearly Tan-M Thinaah, Teoh Mei Xing-Anna Cheong, Valeree Siow-Low Yeen Yuan dan Go Pei Kee.
Selain Malaysia, BATC 2022 itu turut disertai Indonesia, Jepun, Korea Selatan, India, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Kazakhstan dan Singapura.
Mengulas sasaran skuad badminton negara untuk mara ke separuh akhir BATC kali ini dan merebut slot automatik ke Piala Thomas dan Uber 2022, Choong Hann menyifatkannya sebagai sasaran realistik.
“Bagi saya, kita berupaya mencapai sasaran itu kerana kita tampilkan kepada gabungan pemain senior dan junior yang dilihat berada pada prestasi terbaik pada ketika ini.
“Sebagai contoh, kita tampilkan ramai pemain muda kerana kita mahu berikan mereka pengalaman kepada mereka terutamanya untuk beraksi pada kejohanan berpasukan seperti BATC,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 03 2022

Zii Jia ketuai cabaran negara di BATC 2022. -Gambar fail/Stadium Astro

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Perjuangan skuad wanita terhenti di suku akhir BATC 2024
Hasrat skuad wanita negara untuk melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 tidak kesampaian.

SELBATC: Letshaana tewas, Malaysia ketinggalan kepada Indonesia
Tewas dalam dua pertemuan terdahulu, Letshaana kelihatan sukar untuk bersaing dalam set pertama, di mana dia tewas mudah 12-21.

Zii Jia sedia beraksi pada kejohanan BATC 2024
Beliau yang "berguru" bersama Persatuan Badminton Korea (BKA) selama 10 hari dari 31 Jan hingga 9 Feb bersedia diturunkan bila-bila masa sekiranya khidmatnya diperlukan skuad negara.

BATC medan uji kecergasan Tze Yong
Ng Tze Yong yang mengalami kecederaan belakang pada Terbuka Malaysia Januari lepas berkemungkinan diturunkan menentang Brunei dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia esok.

BATC 2024: Pemain Myanmar bantu persiapan sukad wanita negara
Latihan pemain perseorangan wanita negara dimantapkan dengan khidmat tiga pemain perseorangan lelaki Myanmar menjelang BATC 2024 di Setia Alam bermula Selasa depan.

Zii Jia terima jemputan BAM untuk wakili Malaysia di BATC
Zii Jia telah memutuskan untuk menerima jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bermain untuk negara dalam acara berpasukan lelaki.

Skuad negara kini beralih tumpuan kepada Piala Thomas
Beregu lelaki profesional negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin difahamkan berpeluang buat penampilan pertama di Piala Thomas, Mei depan.

BATC: Agong, Raja Permaisuri ucap tahniah kepada skuad lelaki kebangsaan
Seri Paduka berdua turut menzahirkan sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang itu kerana pasukan badminton negara mencipta sejarah selepas muncul juara.

BATC 2022: Keluarga Malaysia bangga kejayaan skuad negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad lelaki kebangsaan menjuarai BATC 2022.

BATC: Malaysia muncul juara selepas jinakkan Indonesia
Skuad lelaki negara menepati ramalan untuk menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia selepas menumpaskan juara bertahan, Indonesia, 3-0 di Setia City Convention Centre, Shah Alam.