SHAH ALAM: Skuad wanita kebangsaan memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dengan bergaya selepas berjaya mengecewakan juara bertahan, Jepun, 2-3 dalam perlawanan Kumpulan Y di sini hari ini.
Malaysia yang ketinggalan dua perlawanan, meraih kemenangan menerusi aksi berani daripada pemain perseorangan wanita ketiga Siti Nurshuhaini Azman dan dua beregu Valeree Siow-Pearly Tan dan Anna Cheong-Teoh Mei Xing pada kejohanan yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City itu.
Pemain perseorangan negara S. Kisona yang berada pada kedudukan ke-64 dunia, tewas 12-21, 16-21 kepada pemain nombor 72 dunia, Natsuri Nidaira sebelum Jepun mendahului 2-0 apabila pemain nombor 181 dunia Riko Gunji menumpaskan pemenang pingat perak Kejohanan Junior Asia 2017, Eoon Qi Xuan 21-17, 21-7.
Bagaimanapun, kegembiraan negara matahari terbit itu mengecap kejayaan tidak berpanjangan apabila Siti Nurshuhaini, Valeree-Pearly dan Anna-Mei Xing kemudian menampilkan aksi berbisa.
Siti Nurshuhaini turun ke gelanggang untuk mengubah nasib Malaysia dengan mempamerkan semangat tinggi bagi meraih mata pertama negara setelah berjaya menundukkan Hina Akechi 21-16, 22-20.
Perlawanan itu menunjukkan ketabahan mental Siti Nurshuhaini yang berjaya melakar kemenangan terutama pada set kedua apabila beliau terpaksa mengekang kebangkitan Akechi.
Mengikut jejak Siti Nurshuhaini, Valeree-Pearly yang membuat gandingan baharu pada jam ke-11 selepas M. Thinaah disahkan positif COVID-19, berjaya menyamakan kedudukan 2-2, berikutan berjaya mengharungi perlawanan sukar ke atas Rui Hirokami-Yuna Kato.
Valeree-Pearly bergelut untuk mengatasi Rui-Yuna 22-20 pada set pertama sebelum menang 21-18 pada set kedua.
Kemenangan itu meningkatkan keyakinan Anna-Mei Xing untuk menempa kejayaan buat Malaysia.
Pada perlawanan terakhir malam ini, Anna-Mei Xing berkobar-kobar melancarkan serangan sejak awal permainan untuk menumpaskan pasangan Jepun Hina Akechi-Riko Gunji 21-12, 21-5 bagi meraih mata kemenangan.
Pasukan wanita negara berpeluang ke separuh akhir jika menewaskan India esok.
Sementara itu, skuad lelaki kebangsaan akan memulakan kempen menentang Singapura dalam aksi Kumpulan B esok.
Kedua-dua perlawanan pasukan lelaki dan wanita negara akan bermula pada 4 petang.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir dan secara automatik layak ke pusingan akhir Kejohanan Piala Thomas dan Uber yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022

Siti Nurshuhaini turun ke gelanggang untuk mengubah nasib Malaysia dengan mempamerkan semangat tinggi bagi meraih mata pertama negara setelah berjaya menundukkan Hina Akechi 21-16, 22-20. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

BATC 2022: Keluarga Malaysia bangga kejayaan skuad negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad lelaki kebangsaan menjuarai BATC 2022.

Usah terbuai dengan kejayaan BATC 2022 - Zii Jia
Zii Jia mengingatkan rakan sepasukan agar tidak leka dengan kejayaan bersejarah muncul juara BATC 2022 hari ini.

Skuad wanita Indonesia rangkul kejuaraan badminton BATC 2022
Ini adalah kejuaraan pertama Indonesia sejak kejohanan itu bermula pada 2016.

BATC 2022: Tewaskan Korea Selatan, skuad lelaki negara mara ke final
Skuad badminton lelaki negara tidak berdepan masalah untuk mara ke final selepas menewaskan Korea Selatan 3-0 dalam aksi separuh akhir.

BATC 2022: Skuad wanita negara bangkit tewaskan Jepun
Skuad wanita kebangsaan memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dengan bergaya selepas berjaya mengecewakan juara bertahan, Jepun, 2-3.

BATC 2022: Pemain badminton kebangsaan M. Thinaah positif COVID-19
BATC 2022 yang membuka tirainya di Pusat Konvensyen Setia City hari ini akan diadakan sehingga Ahad (20 Feb).

Rashid harap Malaysia buat kejutan di BATC 2022
Rashid mahu melihat para pemain membuktikan bahawa mereka mampu mengatasi tekanan bermain di laman sendiri, selain mempamerkan semangat berpasukan tinggi.

Pemain dengan prestasi terbaik galas cabaran negara di BATC 2022
Pemilihan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disebabkan kedua-dua pemain itu yang lebih menonjol dalam tempoh setahun kebelakangan ini.