Bekas pelumba basikal kebangsaan, N.A. Rosli yang pernah mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 1964 di Tokyo, Jepun, maut dalam kemalangan jalan raya pagi Ahad.
Menurut anaknya Nor Effendy Rosli, bekas pelumba berbasikal jalan raya berusia 77 tahun itu yang sedang menunggang motosikal terlibat dalam kemalangan di Kuchai Lama di sini, kira-kira 7 pagi.
"Kami masih belum tahu maklumat mengenai kemalangan itu dan polis masih menjalankan siasatan, tetapi mungkin kes langgar lari.
"Ayah tinggal bersama adik saya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah di Jalan Klang Lama. Beliau mungkin pergi melawat kubur emak di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 atau ke Kebun di Puchong, itu sahaja rutin dia pada hujung minggu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Ahad.
Beliau berkata jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, AU2 di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 selepas Zuhur.
Allahyarham meninggalkan lima anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Rosli merupakan seorang daripada sembilan atlet berbasikal yang membawa bendera Malaysia ke temasya Sukan Olimpik 1964 di Tokyo, bersama Andrew Michael, Choy Mow Thin, Supaat Hamid, Salam Kamsari, Ng Joo Pong, Zain Safaruddin, Stephen Lim Tian San dan Tuow Choon Boon.
Buat pertama kali, Malaysia menyertai Sukan Olimpik 1964 selepas pembentukan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan juga Singapura, di mana seramai 66 atlet mewakili negara pada masa itu.
Sementara itu, bagi seorang lagi bekas pelumba negara, Datuk Ng Joo Ngan pemergian Rosli merupakan kehilangan besar buat negara dan sukan berbasikal khususnya.
"Kami merupakan kawan baik lebih kurang 54 tahun, sejak saya mula melibatkan diri dalam sukan berbasikal. Beliau merupakan seorang yang sangat berdedikasi dan aktif.
"Saya sangat sedih dengan pemergian seorang kawan baik," kata bekas pelumba berusia 69 tahun itu.
Bernama
Sun May 22 2016
Allahyarham meninggalkan lima anak lelaki dan tiga anak perempuan.- Foto Twitter Bernama
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan
Pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.
Pemandu lori rentung dalam nahas di Jalan Bintulu-Miri
Mangsa ditemukan rentung di tempat duduk pemandu sebelum mayat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching
Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, tengah hari tadi.
Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga
Sekiranya pencarum meninggal dunia, sekurang-kurangnya waris mendapat mendapat faedah dari segi kewangan yang dapat mengurangkan beban.