Bekas penyerang Turkiye Akin cedera ditembak di Istanbul
Rakaman CCTV menunjukkan penyerang melarikan diri dengan motosikal.
Bernama
Fri Sep 27 2024
Serhat Akin. - Instagram serhatakin81
ISTANBUL: Bekas penyerang Turkiye dan Fenerbahce, Serhat Akin ditembak di kaki ketika dia meninggalkan sebuah studio TV di Istanbul pada Khamis, menurut Agensi Berita Jerman (dpa), yang memetik kenyataan media sosial dan laporan agensi berita kerajaan.
"Mereka menembak kaki saya selepas program," tulis Akin di platform X pada Jumaat, berkongsi imej buku lalinya yang berlumuran darah.
Akin dibawa ke hospital untuk rawatan, lapor Agensi Berita negara Anadolu, sambil menambah bahawa rakaman CCTV menunjukkan penyerang melarikan diri dengan motosikal.
Akin meninggalkan studio itu, di mana beliau merupakan pakar sukan, berikutan kemenangan 2-1 Fenerbahce ke atas Union Saint-Gilloise dalam Liga Europa.
Sebab sebenar di sebalik serangan itu masih belum diketahui.