KUALA LUMPUR: Penantian selama 24 tahun untuk melihat kelibat pelari pecut Malaysia dalam acara 100 meter (m) lelaki pada Sukan Olimpik akan berakhir dengan penampilan jaguh negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi dalam temasya itu di Paris bermula bulan ini.
Pelari pecut legenda negara Watson Nyambek yang merupakan individu terakhir menggalas cabaran negara dalam acara berkenaan pada edisi Sydney 2000, melihat penantian itu mampu berakhir dengan sesuatu yang positif.
Namun, "The Flying Dayak" berkata Muhammad Azeem perlu dianggap underdog atau bukan pilihan dan berlari bebas tanpa tekanan semasa di Paris, selain meminta pemenang pingat gangsa 100m Sukan Asia Hangzhou 2022 itu menggunakan peluang terbabit dengan sebaiknya untuk menimba pengalaman.
"Pengalaman itu cukup berharga, kita anggap dia (Muhammad Azeem) sebagai underdog, biar tiada tekanan untuk dia, biar dia berasa bebas berlari tanpa tekanan, itu sudah cukup.
"Sebab kalau dia berfikir dia bukan underdog, (tapi) favourite, dia membebankan dirinya ... kita datang ke sana (Olimpik) pun seperti budak baru lahir.
"Masuk ke zon Olimpik dia akan tengok macam mana atlet dunia bertanding, banyak dia perlu belajar, contoh dari segi warm up lain, jadi dia mesti ambil peluang itu untuk belajar," kata Watson dalam temu bual khas bersama Bernama di Stadium Miri, Sarawak baru-baru ini.
Sukan Olimpik Paris dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Watson merupakan atlet yang membuat dua penampilan di Olimpik dalam acara sama termasuk edisi Atlanta 1996 sementara seorang lagi bekas jaguh pecut negara dan Asia Tenggara Nazmizan Muhammad hanya membuat kemunculan dalam acara 200m pada edisi 2004 Athens.
Pemenang pingat perak 100m Kejohanan Olahraga Asia 1998 di Fukuoka, Jepun itu mengakui tekanan berat yang dihadapi dalam dua penampilan di Olimpik, sekali gus enggan perkara sama dilalui Muhammad Azeem.
"Betul, memang kita berasa tertekan sebab harapan untuk kita berlari buat negara bukan ringan, kita yang memikul beban itu, bila kita pakai baju Malaysia memang rasa beban itu ada.
"Jadi kita harus berfikir, kalau orang dah beri harapan kita kena buat yang terbaik," kata Watson.
Awal bulan ini, Muhammad Azeem dipilih Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk mengisi slot wildcard di Paris 2024, sekali gus menyaksikan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu bakal membuat debut Olimpiknya.
Watson antara individu yang gembira dengan perkhabaran itu dan optimis dengan kebolehan yang dimiliki atlet kelahiran Perak berusia 20 tahun itu.
"Saya berasa gembira sangat sebab ada atlet pecut yang mewakili Malaysia dalam acara 100m (lelaki) selepas saya ... gunakanlah peluang ini untuk membuat catatan terbaik.
"Sekarang dia (layak atas tiket) wildcard, kalau dia pergi Olimpik dan mengatasi masa kelayakan (kelayakan Olimpik 10s) itu dah cukup bangga," kata Watson sambil menyifatkan Muhammad Azeem atlet yang istimewa kerana memiliki ketinggian yang boleh menandingi atlet bertaraf dunia.
Watson pernah memegang rekod kebangsaan 10.30s selama 18 tahun sebelum atlet pecut Melaka, Khairul Hafiz Jantan meleburkan catatan itu dengan melakar 10.18s ketika meraih pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak pada 2016.
Watson, 48, kini terus menabur bakti dalam pembangunan bakat setempat sebagai jurulatih sepenuh masa kontrak Majlis Sukan Negeri Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
![Berlarilah bebas tanpa tekanan di Paris, Azeem - Watson Nyambek Berlarilah bebas tanpa tekanan di Paris, Azeem - Watson Nyambek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721046516_tbWatsonNyambek.jpg)
Watson yang merupakan individu terakhir menggalas cabaran negara dalam acara berkenaan pada edisi Sydney 2000, melihat penantian itu mampu berakhir dengan sesuatu yang positif. - Gambar Bernama
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Rekod kebangsaan 100m Zaidatul telah diiktiraf WA - KOM Rekod kebangsaan 100m Zaidatul telah diiktiraf WA - KOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736225557_TBZAIDATUL.jpg)
Rekod kebangsaan 100m Zaidatul telah diiktiraf WA - KOM
Perkara itu disahkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam hantaran menerusi Facebook rasminya.
![Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025 Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684792596_KhairulHafizJantan.jpg)
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
![KOM sahkan World Athletics iktiraf rekod 100m milik Zaidatul Husniah KOM sahkan World Athletics iktiraf rekod 100m milik Zaidatul Husniah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736225557_TBZAIDATUL.jpg)
KOM sahkan World Athletics iktiraf rekod 100m milik Zaidatul Husniah
Pelari kelahiran Alor Setar itu memadam rekod bekas pelari pecut negara Shanti Govindasamy, dengan catatan masa 11.50s, sebelum ini.
![KOM tunggu dana daripada MSN KOM tunggu dana daripada MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728998562_tbRobertBallard.jpg)
KOM tunggu dana daripada MSN
KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.
![KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024 KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724582638_tbPelaripecut.jpg)
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
![Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719570981_TBPekanRamli.jpg)
Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia
Dengan adanya universiti sukan ini, ia mampu dijadikan sebagai tempat pemusatan kepakaran akademik yang membolehkan pelbagai kajian dan inovasi kreatif dalam bidang sukan dilaksanakan.
![Berlarilah bebas tanpa tekanan di Paris, Azeem - Watson Nyambek Berlarilah bebas tanpa tekanan di Paris, Azeem - Watson Nyambek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721046516_tbWatsonNyambek.jpg)
Berlarilah bebas tanpa tekanan di Paris, Azeem - Watson Nyambek
Penantian selama 24 tahun untuk melihat kelibat pelari pecut Malaysia dalam acara 100 meter (m) lelaki pada Sukan Olimpik akan berakhir dengan penampilan jaguh negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi.
![Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720005199_AzeemFahmi.jpg)
Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.
![Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719486098_ShahidanKassim.jpg)
Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengumumkan keputusan tersebut pada minggu depan.
![KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024 KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719133010_tbpelaripecutnegar.jpg)
KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.