KUALA LUMPUR: Bintang skuasy meningkat naik, Sanjay Jeeva menetapkan sasaran untuk bertanding pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) iaitu penampilan pertama sukan itu dalam temasya sukan terbesar dunia tersebut.
Bagi mencapai misi LA28, atlet berusia 24 tahun itu, yang kali pertama mewakili Malaysia pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia Lelaki (MWTC) di Tauranga, New Zealand, Disember lepas, menyasarkan untuk berada dalam kelompok 50 terbaik menjelang akhir tahun ini, daripada kedudukannya ke-69 sekarang.
"Menjelang akhir musim depan, saya mahu berada dalam 40 terbaik dan dapat bertanding dalam Kejohanan Asia. Matlamat jangka panjang saya ialah melayakkan diri ke LA28," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Walaupun kini merupakan pemain perseorangan lelaki ketiga negara dan telah berkecimpung dalam sukan itu sejak kecil, Sanjay hanya mula meraih perhatian media tahun lepas, memandangkan beliau membesar di Brussels, Belgium.
Sanjay mengikuti keluarganya berpindah ke Belgium ketika berumur dua tahun susulan tuntutan kerja ibunya, Asha, yang berkhidmat di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Berikutan itu, Sanjay berpeluang mempelajari pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Perancis, Sepanyol, Belanda, Jepun dan Mandarin selain bahasa Melayu.
Sanjay yang mula bermain skuasy pada usia 10 tahun sebagai aktiviti rekreasi hujung minggu dan menyertai pertandingan antarabangsa pertamanya, Terbuka Remaja Luxembourg, dua tahun kemudian dalam kategori bawah 13 tahun.
Peluang latihan yang terhad dan mahal di Belgium tidak memadam kesungguhan dan minatnya untuk sukan itu.
Beliau kemudian berpeluang mewakili Negeri Sembilan dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dan 2022, sebelum membantu pasukan negara meraih tempat ke-11 pada MWTC dan terbaharu, merangkul emas dalam acara perseorangan lelaki dan berpasukan campuran.
"Apa yang paling memuaskan saya ialah melihat hasilnya, walaupun lambat, bukan sahaja dalam memenangi perlawanan tetapi juga dalam apa yang saya rasa secara mental dan fizikal. Satu lagi ialah dapat pergi ke tempat orang, melihat dunia dan bertemu orang baharu.
"Inspirasi terbesar saya ialah (bekas pemain nombor satu dunia dan juara dunia tiga kali) Ramy Ashour dari Mesir. Sejak kecil, saya sering menonton beliau bermain. Cara beliau bermain skuasy tidak sama seperti orang lain, membuatkan saya cuba bermain seperti beliau dan mendorong saya untuk menjadi seperti beliau," katanya.
"Selepas menamatkan pengajian dari kolej di Amerika, saya berdikari dengan bantuan ibu bapa dan bermain dalam jelajah profesional. Semakin baik prestasi saya, lebih banyak saya melabur dalam latihan dan lebih banyak perbelanjaan. Paling mencabar, mendapatkan dana bagi menyertai jelajah," tambahnya.
Daripada 26 kejohanan disertainya dalam jelajah PSA, Sanjay telah merangkul empat kejuaraan iaitu DreadSport Pro Series I, Intensity Squash Satellite dan Lifetime Open pada 2022 serta Terbuka Bermuda 2024. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Sanjay yang mula bermain skuasy pada usia 10 tahun sebagai aktiviti rekreasi hujung minggu dan menyertai pertandingan antarabangsa pertamanya, Terbuka Remaja Luxembourg, dua tahun kemudian dalam kategori bawah 13 tahun. - Gambar Bernama

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Selamat tinggal Paris 2024, jumpa di Los Angeles 2028
Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang malam tadi selepas 19 hari aksi sukan bertaraf dunia.

Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas
Persekutuan Renang Malaysia masih lagi menagih khidmat atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.

Rexy belum fikir mahu tinggalkan BAM
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky belum memikirkan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28
Permintaan itu termasuk bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan selain perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan.

Bintang skuasy meningkat naik, Sanjay mahu 'bersinar' di LA28
Sanjay Jeeva sasar untuk bertanding pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) iaitu penampilan pertama sukan itu dalam temasya sukan terbesar dunia tersebut.

Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).

LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa

Speedy Tigers perlu lebih pendedahan tahap tinggi - Arul
Arul berkata pemain perlu biasakan diri beraksi dalam tekanan menentang pasukan gergasi menerusi perlawanan berintensiti tinggi.

MOM minta flag football bentang hala tuju ke LA28
MOM meminta agar sukan flag football untuk membentangkan peta hala tuju jika berhasrat untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik LA28.

LA28: MOM sambut baik lima acara sukan baharu di Sukan Olimpik Los Angeles 2028
MOM memuji keputusan Lembaga Eksekutif IOC untuk menyokong penambahan lima sukan baharu dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).