Selepas melakar kejayaan pada Terbuka Perancis awal bulan ini, bintang tenis Australia, Ash Barty pada Isnin secara rasmi menduduki ranking pemain wanita nombor satu dunia, apabila menewaskan Naomi Osaka dari Jepun untuk muncul juara kejohanan Birmingham Classic di England, lapor agensi berita Xinhua.
Ini kali pertama pemain wanita Australia menjadi pemain nombor satu dunia, sejak juara Grand Slam tujuh kali, Goolagong Cawley pada 1976.
Tahun 2019 menyaksikan permulaan cemerlang dalam karier pemain berusia 23 tahun itu dengan mencatat 36 kemenangan dan hanya enam kekalahan.
"Kita seringkali bermimpi, tetapi untuk menjadikannya realiti bukanlah perkara mudah. Ia adalah perjalanan paling luar biasa untuk diri dan pasukan saya. Masih sukar untuk mempercayainya tahun ini ia menjadi milik saya.
"Bermula dari bawah tanpa ranking dan kini kami berada di kedudukan nombor satu, bukan hanya pencapaian besar untuk saya tetapi juga kepada mereka," kata Barty selepas kejohanan itu
Barty bakal menyertai kejohanan Wimbledon minggu depan sebagai pemain pilihan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2019
Barty bakal menyertai kejohanan Wimbledon minggu depan sebagai pemain pilihan pertama. Foto Instagram
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Terbuka Australia: Barty ungguli pusingan kedua
Juara dua kali grand slam itu hanya memerlukan tempoh 52 minit untuk mengadakan pertemuan dengan pilihan ke-30 dari Itali, Camila Giorgi.
Kejohanan Wimbledon: Barty benam Pliskova, julang trofi pertama di SW19
Pilihan utama kejohanan itu merealisasikan impiannya untuk bergelar juara buat kali pertama di All England Club.
Kejohanan Wimbledon: Barty bangga tewaskan Kerber untuk ke final
Bagaimanapun, Barty perlu mengerahkan aksi terbaiknya sebelum menang 6-3, 7-6 di Center Court.
Kejohanan Wimbledon: Barty tidak sabar jumpa Kerber dalam separuh akhir
Dalam perlawanan suku akhir grand slam itu Barty mudah memastikan kemenangan 6-1, 6-3 dalam tempoh sejam dan enam minit.
Tenis Terbuka Stuttgart: Perjalanan Halep terhenti dalam separuh akhir
Halep menang straight-set ke atas Ekaterina Alexandrova dan Marketa Vondrousova dalam perjalanan ke separuh akhir, tetapi bertemu lawan yang setaraf dengannya, Sabalenka.
Terbuka Australia: Gavrilova gagal atasi kepincangan Barty
Barty terpaksa bekerja keras sebelum mengukir kemenangan keempatnya dalam lima pertemuan ke atas rakan senegaranya dari Australia itu.
Bintang tenis wanita Australia, Ash Barty kini pemain nombor satu dunia
Ini kali pertama pemain wanita Australia menjadi pemain nombor satu dunia, sejak juara Grand Slam tujuh kali, Goolagong Cawley pada 1976.