BANGKOK: Kelebihan 1-0 tidak meletakkan Malaysia di kedudukan selamat menjelang kemuncak perebutan slot final Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang juara bertahan Thailand di gelanggang mereka malam esok.
Menentang Gajah Perang yang berduka selepas aksi separuh akhir pertama di laman sendiri, Sabtu lepas, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon berada dalam keadaan bahaya sekiranya kekal bermain secara bertahan pada pertembungan di Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani itu.
Pendekatan 'bola sepak negatif' akan menyebabkan Malaysia hanya menanti masa dibolosi pihak lawan, sepertimana Thailand yang mempamerkan keupayaan teknikal yang tinggi berjaya menguasai 90 minit permainan ketika perlawanan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, dua hari lepas.
Berdasarkan statistik pertembungan itu, anak buah Alexandre Polking mendominasi penguasaan bola sehingga 72 peratus dan melakukan keseluruhan 18 percubaan dengan empat daripadanya tepat ke gawang, manakala Malaysia hanya mencipta satu serangan tepat dalam keseluruhan lima percubaan.
Penghargaan perlu diberi kepada penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang bertindak cemerlang menyelamatkan empat percubaan berbahaya Thailand selain pemain sayap sensasi Mohamad Faisal Abdul Halim yang meledak jaringan kemenangan malam itu.
Statistik itu merupakan yang terburuk dicatat pasukan negara selepas empat perlawanan.
Malah meskipun Thailand di ranking lebih rendah berbanding Vietnam, Malaysia dilihat menampilkan aksi lebih bertenaga dan dinamik ketika berdepan skuad Golden Star Warriors itu pada aksi kumpulan di Hanoi sebelum ini.
Selain mengekalkan momentum baik di Bukit Jalil, Thailand pasti hadir dengan segala kekuatan untuk menyingkirkan Malaysia di hadapan penyokong sendiri dalam usaha mereka mempertahankan gelaran.
Perlawanan separuh akhir kedua itu seharusnya menjadi medan buat Pan Gon mengotakan janjinya yang tertangguh apabila menyatakan pasukan negara akan 'berjuang habis-habisan' berdepan dengan Thailand tetapi sebaliknya pasukan pelawat mendominasi keseluruhan permainan.
Bercakap mengenai permainan bertahan, strategi itu memerlukan tahap kecergasan optimum pemain kerana ia sangat memenatkan terutama bagi benteng pertahanan dan ia diakui pemain pertahanan negara Sharul Nazeem Zulpakar.
Namun begitu bahagian pertahanan negara mendapat perkhabaran positif apabila Muhammad Azam Azmi Murad kini bebas daripada penggantungan dua perlawanan susulan kad merah kontroversi yang diterima ketika bertemu Vietnam.
Gandingan ampuh bahagian pertahanan sangat dituntut bagi berdepan serangan Thailand diketuai penyerang prolifik berusia 34 tahun Teerasil Dangda, selain pemain sayap Bordin Phala yang membuatkan pemain negara tidak senang duduk dengan larian dan kemahiran menggeleceknya.
Perhatian juga perlu diberikan kepada penjaring terbanyak edisi 2018, Adisak Kraisorn yang sentiasa menunggu peluang menambah jaringan selepas baru mencetak satu gol dalam kempen kejohanan kali ini.
Pada pertembungan esok, bermain secara menyerang ataupun bertahan, pasukan negara tidak sepatutnya mensia-siakan kelebihan yang ada untuk melangkah ke final dan berpeluang menebus kekecewaan muncul naib juara pada 2018.
Pada masa sama, perlawanan esok juga berupaya diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti sekali gus mengulangi skrip pertemuan pada kejohanan Piala Raja Thailand September lepas yang menyaksikan Ahmad Syihan muncul wira menafikan rembatan Supachok Sarachart.
Kemenangan di Bukit Jalil tempoh hari menyaksikan Malaysia melebarkan rekod tanpa kalah berdepan Thailand kepada enam perlawanan selepas menang dua dan seri tiga dalam pertemuan sebelum ini sejak 2018.
Namun, Thailand adalah pasukan paling berjaya dalam kempen Piala AFF sejak penganjuran sulung pada 1996 apabila muncul juara sebanyak enam kali selepas beraksi pada sembilan edisi final.
Thailand juga memiliki sedikit kelebihan dalam rekod pertemuan menentang Malaysia pada peringkat separuh akhir apabila memenangi dua daripada keseluruhan tiga pertembungan masing-masing pada edisi 2000 (2-0) dan 2012 (3-1) sementara tewas menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan pada edisi 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023

Kemenangan di Bukit Jalil tempoh hari menyaksikan Malaysia melebarkan rekod tanpa kalah berdepan Thailand kepada enam perlawanan selepas menang dua dan seri tiga dalam pertemuan sebelum ini sejak 2018.- BERNAMA

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.

Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.

Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.

MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.

Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.

Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.