LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) menggesa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) segera membuat laporan jika terdapat mana-mana pihak yang cuba memainkan isu perkauman supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap apa sahaja tindakan berbaur perkauman atau diskriminasi seperti yang didedahkan Sabah FC pada Ahad.
“Bagi saya, isu perkauman ini satu isu yang besar, apatah lagi kita di Malaysia ini hidup dalam komuniti yang mempunyai pelbagai kaum. Sekarang kalau dilihat banyak isu perkauman berlaku di media sosial.
“Jadi saya meminta pasukan atau mana-mana individu melihat ada pihak yang cuba memainkan isu tersebut, segera laporkan kepada pihak polis Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya boleh diambil tindakan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.
Sabah FC dalam satu kenyataan di laman sosial Facebooknya memandang serius sebarang hantaran atau komen berbaur perkauman terutama terhadap barisan pemainnya.
Kenyataan itu dibuat oleh kelab tersebut susulan hantaran seorang pengguna media sosial melibatkan penyerang Sabah FC, N Thanabalan di laman Facebook penyokong Sabah FC baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ab Ghani berkata, mana-mana penyokong tidak mempunyai masalah untuk bersuara atau mengkritik kelab masing-masing, namun perlu beretika dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
“Dalam bola sepak atau apa sahaja sukan, kita boleh melemparkan komen jika tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan pemain atau atlet, namun, janganlah melemparkan komen-komen negatif yang kadangkala menyentuh isu sensitif,” tegasnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 02 2021

Ab Ghani berkata, mana-mana penyokong tidak mempunyai masalah untuk bersuara atau mengkritik kelab masing-masing, namun perlu beretika dan tidak menyentuh isu-isu sensitif. - Gambar fail
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan
Peranan KRT dalam menyelesaikan polemik itu memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap badan itu sebagai agen perpaduan.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.

Tindakan Frontier berkelakuan kasar terhadap Khabib makan diri
Khabib dikatakan diarah mengubah tempat duduk hanya kerana rungutan seorang wanita yang tidak senang dengan kehadirannya secara berdekatan.

LaLiga: 'Bukan mudah Vinicius Junior tanggung penderaan perkauman'
Ancelotti optimis pemainnya akan terlepas daripada penggantungan minimum dua perlawanan.

Penyokong dipenjara, hina Vinicius Jr
Mereka bertiga didapati bersalah selepas melemparkan kata-kata berbaur rasis serta melibatkan perkauman kepada Vinicius Jr.

Polis siasat Chef Wan kaitkan gaun Aishwarya Rai dengan Thaipusam
Chef Wan sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan Aiswarya Rai.

PRK KKB: PN ketandusan idea, main isu perkauman - Fahmi
Fahmi minta jentera PN bagi PRK KKB itu supaya menghentikan bermain dengan sentimen perkauman kerana ia ibarat "senjata makan tuan".

Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.

Tidak wajar jadikan cadangan Kampung Baru Cina tapak Unesco isu perkauman - MB Selangor
Cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan Unesco tidak wajar untuk dijadikan sebagai isu perkauman.