KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas.
BWF dalam kenyataan memaklumkan telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengkaji semula insiden itu secara menyeluruh dan akan memutuskan sama ada aspek tertentu dalam garis panduan berkenaan perlu diubah.
Menyifatkan kematian Zhang sebagai kejadian tragik, menurut BWF, pihaknya sedang menunggu laporan rasmi daripada Badminton Asia dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan untuk menilai sama ada prosedur perubatan yang yang betul telah dipatuhi dalam memberikan bantuan kepada pemain berusia 17 tahun itu ketika dia rebah di gelanggang.
Walaupun kejohanan itu di bawah bidang kuasa Badminton Asia, BWF memaklumkan, terdapat satu garis panduan perubatan dan arahan umum untuk digunakan oleh badan pentadbiran lain sukan itu (peringkat serantau atau kebangsaan) yang menganjurkan kejohanan yang dibenarkan BWF.
Menurut garis panduan itu doktor kejohanan di bawah arahan pengadil, bertanggungjawab mengendalikan kecemasan dalam gelanggang termasuk kemungkinan kes serangan jantung hingga perkhidmatan perubatan yang sewajarnya, seperti ketibaan ambulans.
"Bagaimanapun, terpulang kepada setiap badan pentadbiran terlibat untuk memutuskan cara ia melaksanakan protokol dan amalan perubatan di tempat kejohanan. Apabila melaksanakan garis panduan ini, ditekankan bahawa semua petugas perlu bersedia sepanjang masa untuk bertindak balas terhadap keperluan intervensi perubatan termasuk kecemasan secepat yang mungkin
"Semakan sedia ada yang dimulakan awal tahun ini untuk menilai dasar dan prosedur BWF mengenai intervensi kecemasan oleh doktor kejohanan bagi memastikan penjagaan paling sesuai dan tepat pada masanya, akan memasukkan sekali hasil penilaian BWF dan laporan Badminton Asia," menurut kenyataan itu.
BWF turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Zhang, rakan sepasukannya, Persatuan Badminton China dan seluruh komuniti badminton negara itu.
Zhang, pemain perseorangan lelaki, rebah di gelanggang semasa menentang pemain Jepun Kazuma pada perlawanan peringkat kumpulan di Among Rogo Sport Arena.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan oleh Badminton Asia dan Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) susulan insiden itu, mereka memaklumkan Zhang meninggal dunia pada 11.20 (waktu tempatan), Ahad lepas.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

BWF menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas. - Foto fail

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Pemain Malaysia berdepan laluan sukar pada Jelajah Dunia Akhir BWF
Proses undian berlangsung hari ini dan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube BWF.

COVID-19: BWF ubah suai kalendar Kejohanan Jelajah Dunia
Pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2020 akan diteruskan seperti dijadual di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Okt ini.

COVID-19: Kejohanan Badminton Para Sepanyol 2020 dibatalkan
SBF membuat keputusan itu pada Jumaat selepas menerima nasihat pihak berkuasa kesihatan Majlis Perbandaran Murcia.