KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe, mahu pasukan bimbingannya tidak mensia-siakan peluang untuk menamatkan rekod buruk menentang Vietnam, apabila kedua-dua pasukan bertembung tengah malam, Jumaat ini.
Aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, akan menjadi pertemuan kelima kedua-dua pasukan sejak Cheng Hoe dilantik sebagai ketua jurulatih, dengan Vietnam memenangi tiga daripada empat aksi terakhir, dan sekali seri.
Rekod pertemuan itu disifatkan Cheng Hoe sudah cukup untuk memberikan pengajaran berguna kepada barisan pemainnya, supaya tampil lebih bersedia berdepan cabaran skuad Naga Emas kendalian jurulatih Park Hang-seo kali ini.
Pengendali berusia 53 tahun itu turut menggesa, setiap pemain khususnya jentera serangan pasukannya untuk tampil lebih berkesan di depan gawang, dengan tidak melepaskan peluang untuk meledak jaringan.
"Memang kita tahu dalam empat perlawanan terakhir pasukan tidak dapat kemenangan, tetapi saya rasa pemain pun sudah tahu cara atau corak permainan Vietnam. Kita mesti mengambil setiap peluang yang berada di depan mata," katanya.
"Setiap kali bertemu Vietnam kita juga dapat banyak peluang jaringkan gol, sebab itu kita perlu fokus terus mencari peluang-peluang terbaik dan menjaringkan gol, apabila berada di hadapan gol," katanya pada sidang media secara dalam talian sesi latihan skuad kebangsaan di Dubai, hari ini.
Kejayaan menewaskan Vietnam akan menghidupkan peluang skuad kebangsaan dalam misi menamatkan saingan Kumpulan G di kedudukan dua teratas, bagi meraih slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Sementara itu, Cheng Hoe mengakui corak permainan Vietnam tidak banyak berubah, selepas menyaksikan skuad bimbingan Hang-seo itu membelasah Indonesia 4-0 pada aksi kumpulan di Stadium Al Maktoum, awal pagi tadi.
Jelasnya, corak permainan digunakan Vietnam ketika bertahan mahupun menyerang pada perlawanan itu adalah taktikal biasa digunakan Hang-seo, sekali gus mengakui pasukannya tidak boleh memberikan ruang yang banyak kepada pihak lawan.
"Kita tahu kekuatan Vietnam adalah dari segi kelajuan, berpasukan serta semangat juang tinggi, dan ia menyebabkan kita perlu berjaga-jaga dengan serangan balas mereka yang pantas. Kita juga kena bekerja keras ketika menyerang supaya tidak membuka ruang yang banyak," jelasnya.
Cheng Hoe berkata, ketiadaan tonggak jentera serangan Vietnam Nguyen Quang Hai pada pertembungan itu akibat digantung perlawanan, boleh dianggap sebagai khabar gembira buat pasukan negara, namun percaya Hang-seo pasti memiliki beberapa alternatif lain.
Bagaimanapun, beliau berkata sandaran untuk meraih kemenangan ke atas Vietnam perlu diletakkan sepenuhnya kepada barisan anak buahnya, sambil berharap setiap pemain yang bakal mengisi kesebelasan utama pasukan dapat membalas kepercayaan diberikan, bagi meraih keputusan positif.
"Memang setiap jurulatih ingin mencapai sesuatu apabila bertemu pasukan Vietnam yang dikatakan mempunyai pertahanan terbaik dalam kumpulan, akhirnya yang penting kalau kita ada keyakinan dan kepercayaan kepada setiap individu diturunkan, kita boleh dapat keputusan positif," katanya.
Selepas enam perlawanan, Vietnam mendahului saingan Kumpulan G dengan mengumpul 14 mata, diikuti UAE kedua (12 mata), Thailand (sembilan mata), Malaysia (sembilan mata) dan Indonesia tercorot dengan mengutip satu mata.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
![Cheng Hoe tekad padam rekod buruk berdepan Vietnam Cheng Hoe tekad padam rekod buruk berdepan Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623023977_FAMPRACTICE.jpg)
Rekod pertemuan itu disifatkan Cheng Hoe sudah cukup untuk memberikan pengajaran berguna kepada barisan pemainnya, supaya tampil lebih bersedia berdepan skuad Naga Emas. - FAM
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717712008_ChengHoe.jpg)
Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.
![Police Tero terbang ke Johor Police Tero terbang ke Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710301692_TBPoliceTerojpg.jpg)
Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
![Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709501441_TanChengHoe.jpg)
Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.
![Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709354941_TanChengHoe.jpg)
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
![Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709156354_TanChengHoe.jpg)
Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.
![Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701569217_TanChengHoeTanChe.jpg)
Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.
![Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0 Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700916192_TBLIGASUPER.jpg)
Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.
![Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692921996_SELANGORFC.jpg)
Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.
![Selangor waspada kebangkitan Kelantan Selangor waspada kebangkitan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692921996_SELANGORFC.jpg)
Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.
![Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685224710_SelangorFA.jpg)
Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.