KUALA LUMPUR: Selepas pulih daripada kecederaan kaki kanan, jaguh wushu negara Tan Cheong Min kini berazam untuk merebut slot ke Sukan SEA Kemboja 2023 buat julung kalinya yang akan berlangsung di Phnom Penh dari 5 hingga 17 Mei ini.
Pemenang emas Kejohanan Wushu Dunia 2017 dan 2019 itu memaklumkan dia kini dalam persiapan mempertajam kemahiran untuk beraksi di temasya dwitahunan itu, selepas tiga acara wushu utamanya iaitu Nandao, Nanquan, Nangun tersenarai dalam pertandingan.
Cheong Min yang baru dibenarkan kembali memulakan latihan sepenuh masa tahun ini berkata walaupun sudah beraksi hingga ke pentas dunia, adalah penting untuk dia mempersembahkan aksi terbaik ketika sesi pemilihan untuk menambat hati barisan kejurulatihan supaya namanya tersenarai ke Kemboja.
"Saya alami kecederaan kaki kanan pada 31 Ogos tahun lepas kerana salah cara mendarat pada sesi latihan namun sekarang ini sudah pulih hingga 90 peratus.
"Jadi memang saya ada sasaran (sertai Sukan SEA Kemboja) apabila tahun lepas saya hanya sertai Sukan Universiti ASEAN (AUG) namun, macam sekarang pemilihan untuk ke Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia di Hangzhou, China masih belum dilakukan. Saya rasa jurulatih hanya akan membuat pemilihan dalam seminggu lagi namun besar harapan saya untuk beraksi di Sukan SEA pertama kalinya," katanya kepada pemberita di Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini.
SUKAN-WUSHU (CHEONG MIN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Menyifatkan berada dalam keadaan terbaiknya, pemenang Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2022 itu optimis mampu membuat penampilan terbaiknya menerusi Nandao, Nanquan dan Nangun sekali gus tidak sabar untuk memberikan saingan sengit kepada pihak lawan.
Cheong Min, 25, mencipta sejarah apabila menjadi atlet wushu wanita pertama dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan apabila mengharumkan nama Malaysia menerusi sumbangan pingat emas acara Nandao dan pingat perak (Nanquan) pada Kejohanan Wushu Dunia 2019 di Shanghai, China.
Pada Mei lepas, skuad wushu negara menutup cabaran di Sukan SEA Hanoi, Vietnam dengan meraih keseluruhan dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023
Cheong Min baru dibenarkan kembali memulakan latihan sepenuh masa tahun ini. - Foto fail/BERNAMA
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Cheong Min rindu bergelar juara dunia
Ratu wusyu negara, Tan Cheong Min mengakui rindu untuk mengulangi kejayaan merangkul gelaran juara dunia pada 2019 di Shanghai.
Piala Dunia Taolu: Atlet wushu Cheong Min sambar emas di Jepun
Tan Cheong Min mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat emas dalam acara nangun pada Piala Dunia Taolu di Yokohama, Jepun.
Cheong Min sambar emas di Sukan Tempur Dunia
Ratu wusyu negara Tan Cheong Min terus mengharumkan nama Malaysia selepas merangkul pingat emas dalam acara kombinasi nanquan dan nandao wanita pada temasya Sukan Tempur Dunia 2023.
Sukan Asia Hangzhou: Tan Cheong Min tamat penantian 13 tahun Malaysia raih pingat wushu
Atlet wushu negara, Tan Cheong Min, menamatkan penantian 13 tahun Malaysia untuk meraih pingat sukan itu dalam Sukan Asia apabila meraih perak acara Nanguan-Nandao.
Sukan SEA 2023: Penantian yang berbaloi - Cheong Min
Penantian panjang juara dunia dua kali, Tan Cheong Min untuk membuat penampilan di Sukan SEA membuahkan hasil "lumayan" selepas menjadi atlet Malaysia pertama memenangi dua pingat emas kali ini.
Sukan SEA: Cheong Min atlet Malaysia pertama sumbang dua emas
Jaguh wushu kebangsaan Tan Cheong Min muncul atlet Malaysia pertama merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan SEA 2023.
Cheong Min dedah 'dipersenda' pilih beraksi di Sukan SEA
Atlet wushu kebangsaan Tan Cheong Min mendedahkan terdapat pihak 'mempersendakan' keputusannya untuk bertanding pada Sukan SEA 2023.
Sukan SEA: Cheong Min tepati ramalan sumbang emas pertama kem wushu
Seperti dijangka, atlet wushu kebangsaan Tan Cheong Min menghadiahkan pingat emas sulung kem wushu negara pada temasya Sukan SEA 2023.
Cheong Min buru slot Sukan SEA Kemboja 2023
Dia kini dalam persiapan mempertajam kemahiran untuk beraksi di temasya dwitahunan itu.