NANTES 1 TOULOUSE 5
Logan Costa dan Thijs Dallinga menjaringkan dua gol sewaktu membantu Toulouse membelasah Nantes 5-1 dalam final Coupe de France awal pagi tadi, sekali gus memastikan kejuaraan pertama buat pasukan itu.
Nantes kelihatan bergelut untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka musim lalu itu di Stade de France, di mana mereka ketinggalan seawal minit keempat apabila pertahanan tengah, Costa, melompat tinggi untuk menanduk masuk bola daripada sepakan penjuru Branci van den Boomen.
Impian Toulouse untuk bergelar juara kali pertama semakin menyinar melalui satu lagi situasi bola mati apabila lintangan yang dilakukan Stijn Spierings ditanduk masuk Costa dari jarak dekat selepas pertahanan Nantes gagal mengeluarkan bola dengan sempurna susulan satu situasi sepakan percuma.
Nantes hampir merapatkan jurang tetapi percubaan Gabriel Suazo dikeluarkan Mostafa Mohamed di atas garisan gol dan Toulouse pula kemudian menambah satu lagi jaringan sebaik Dallinga meluru mendapatkan hantaran Suazo untuk menewaskan Alban Lafont pada minit ke-23.
Harapan Nantes untuk merencanakan kebangkitan musnah sebaik Dallinga menemui gol kedua peribadinya dengan menolak masuk bola muntah susulan percubaan awal Fares Chaibi.
Kapten Nantes, Ludavic Blas, sekurang-kurangnya berhasil mengurangkan difisit itu dengan menyudahkan sepakan penalti selepas Rasmus Nicolaisen menjatuhkan Fabien Centonze pada 15 minit terakhir tetapi Zakaria Aboukhlal meledakkan jaringan terakhir perlawanan final itu pada minit ke-79 untuk memastikan kemenangan selesa Toulouse. - Stadium Astro
Astro Arena
Sun Apr 30 2023

Pemain Toulouse meraikan kemenangan pasukan mereka menentang Nantes dalam aksi final Coupe de France. - Foto REUTERS

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

PSG benam Touluse, julang Trofi Juara Perancis
Kang-in bermain perlawanan terakhirnya sebelum ke Piala Asia di Qatar bersama Korea Selatan, meletakkan PSG di depan pada minit ketiga.

Liverpool kecundang kepada Toulouse
Kemenangan kelab Perancis itu hadir ketika Liverpool mengalami kekalahan pertama dalam kempen Liga Europa musim ini.

Liverpool menang bergaya
Diogo Jota meletakkan Liverpool di hadapan seawal minit kesembilan sebelum disamakan oleh Thijs Dallinga pada minit ke-16.

Mbappe selamatkan maruah PSG
Kapten Perancis itu disenaraikan semula dalam pasukan setelah keengganannya untuk menyambung kontrak.

Coupe de France: Gol berganda Costa, Dallinga pastikan Toulouse bergelar juara
Logan Costa dan Thijs Dallinga menjaringkan dua gol sewaktu membantu Toulouse membelasah Nantes 5-1.

COVID-19: LFP kaji kesan terhadap sukan, ekonomi selepas liga dibatalkan
Saingan Ligue 1 dan 2 musim ini sudah berakhir dengan perlawanan domestik seterusnya hanya akan berlangsung pada permulaan musim 2020-21.

Pesawat Airbus A330neo pertama AirAsia bakal takluk ruang udara Asia Pasifik
Pesawat baharu itu dijangka memulakan perkhidmatan pada lewat Jun 2019, dan seterusnya menjadi pesawat Airbus A330neo pertama beroperasi di rantau ini.

MH370: Pasukan yang mengkaji serpihan amat berpengalaman
Pasukan yang akan mengkaji serpihan pesawat yang dipercayai dari sebuah pesawat Boeing 777, adalah sebuah pasukan yang sangat berpengalaman.
Rolls-Royce serah enjin aero Trent
Rolls-Royce, syarikat sistem kuasa global telah menghantar enjin aero Trent 900 pertamanya yang dikeluarkan di Singapura kepada Airbus di Toulouse, Perancis.