SURABAYA: Atlet renang lelaki negara Bryan Leong Xin Ren berasa gembira kerana masih mampu untuk meraih pingat emas acara 100 meter (m) kupu-kupu lelaki di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024, meskipun mengalami demam panas sejak beberapa hari lepas.
Atlet berusia 21 tahun itu berkata beliau tidak menjangka mampu menamatkan aksi hari ini dengan kilauan emas, apabila hanya mahu fokus untuk menamatkan perlumbaan kerana mengakui dirinya tidak berada tahap terbaik akibat demam berkenaan.
"Keadaan saya bukan berada di tahap terbaik sebab saya sedang demam, sekarang saya masih sakit, kepala pening, saya hanya fikir nak habiskan perlumbaan, catatan masa pun bukan yang terbaik tapi gembira masih dapat emas untuk Malaysia.
"Malam tadi, saya cuba minum air banyak, dan dapatkan rehat cukup, saya masih rasa sakit tapi pasukan minta saya buat terbaik, saya cuba sehabis baik," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan di kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) di sini hari ini.
Terdahulu, Bryan mencatatan masa 54.22 saat (s) di aksi final untuk menyambar emas meninggalkan perenang Singapura Ong Jung Yi (54.93s) dan perenang tuan rumah Joe Aditya Wijaya Kurniawan (55.16s) untuk pingat perak dan gangsa.
Beliau pada masa sama turut menyasarkan untuk meraih satu lagi pingat emas dalam acara 4x100m gaya bebas berpaskan lelaki, yang akan berlangsung esok.
Selain Bryan, Malaysia turut memperoleh pingat emas menerusi Hii Puong Wei dalam acara 200m kuak dada lelaki dengan catatan masa 2:20.08s di hadapan perenang Thailand Janruksa Thanoichai (21:21.5s) dan pencabar tuan rumah Andi Muhammad Nurrizka Febrianto (2:21.34s) masing-masing meraih perak dan gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Atlet berusia 21 tahun itu berkata beliau tidak menjangka mampu menamatkan aksi hari ini dengan kilauan emas. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London
Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London.

Bryan sahkan slot ke Kejohanan Renang Dunia 2023 Fukuoka
Bryan melepasi syarat kelayakan kategori B yang ditetapkan FINA pada Kejohanan Renang British 2023 dalam acara 100m kuak kupu-kupu lelaki.

Bryan Leong lebur rekod 13 tahun kuak kupu-kupu lelaki kebangsaan
Bryan Leong akan beraksi dalam dua lagi acara hari ini iaitu dalam 50m gaya bebas dan 4x100m individu rampaian.